BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Julai 06, 2011

Bersih 2.0 - Perhimpunan Bersih Malaysia 2011

Isu Perhimpunan Bersih 2.0 Malaysia 2011 yang diharamkan baru-baru ini tiba-tiba menarik perhatian saya apabila Bersih 2.0 ini mula mendapat perhatian di dalam Facebook dan surat-surat khabar. Berikut adalah petikan berita dan artikel mengenai Bersih 2.0. Apakah sebenarnya Bersih 2.0 yang diheboh-hebohkan ini? Adakah ia satu bentuk rusuhan atau perhimpunan? Adakah ia menjamin keselamatan kita semua untuk keluar rumah pada hari tersebut. Demi memahami apakah itu Bersih 2.0 saya pun mula menjejaki isu ini.

Berdasarkan petikan artikel yang dipetik di bawah, saya dapati Perhimpunan Bersih 2.0 ini bakal mendapat tempat di Sogo, di Masjid Kampung Baru dan di Bangunan DBKL. Terbayang di fikiran saya mengenai pancuran air berwarna, gas pemedih mata dan bom asap.

Kemudian, saya juga menemui Puisi Peludah Warna dan Unggun Bersih karya A. Samad Said, yang jelas menunjukkan betapa seriusnya Perhimpunan Bersih 2.0 dalam menangani isu berkaitan pilihan raya di Malaysia.

PETIKAN BERITA:

(KL Pos) - Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah menganjurkan satu deklarasi bersama NGO-NGO yang lain dalam menyatakan bantahan terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2011.

Pada masa kini sedang berlangsung Perlancaran Perhimpunan Anti BERSIH 2.0 di Kelab Sultan Sulaiman, disini. Menurut Ketua Wira Perkasa, Saudara Irwan Shah, Perhimpunan ini mesti dihentikan serta merta dan mendesak pihak Kerajaan bertindak dengan lebih tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menganjurkan BERSIH 2.0.

Turut kelihatan beberapa pemimpin NGO dan Ahli Parlimen termasuklah bekas Pemimpin PKR, YB. Zulkifli Nordin.

Majlis Perlancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 bakal berlangsung pada malam ini yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.


PETIKAN 2 - LAMAN WEB PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
Bersihkan pilihanraya!

BERSIH 2.0 has been actively advocating electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. The time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

In this light, BERSIH 2.0 has decided to organise a rally: Perhimpunan BERSIH 2.0

9 July 2011
2.00pm
Kuala Lumpur

GATHERING POINTS:
-Sogo
-Masjid Kampung Baru
-Bangunan DBKL

DEMANDS:
-Clean the electoral roll
-Reform postal vote
-Use indelible ink
-Free & fair access to media
-Minimum 21 days campaign period
-Strengthen public institutions
-Stop corruption
-Stop dirty politics



BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian.

Masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk “mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata”. Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut.

Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk menganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0.

9 Julai 2011
2.00pm
Kuala Lumpur

TEMPAT BERHIMPUN:
Sogo
Masjid Kampung Baru
Bangunan DBKL

TUNTUTAN:
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

PETIKAN SAJAK - PUISI PELUDAH WARNA - A. SAMAD SAID

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

KOMEN PEMBACA DARI BLOG ANWAR IBRAHIM:
Pada mulanya saya tak berminat mengikuti progress program BERSIH ni kerana beranggapan biasa aja dalam dunia politik dan demokerasi ala 1 MALYSIA KINI. Tapi bila tengok pemimpin negara dan PDRM bermati-matian gomoh jadi minat pula nak campur. Sampai keluar arahan haram baju, ordinan darurat dan mula buat tangkapan serta ugut rakyat semacam nak ajak rakyat berperang pulak. Setelah mengkaji sedalam-dalamnya dengan ini diistiharkan bahawa rakyat wajib bersama BERSIH demi menjamin sebuah negara bebas dari cengkaman dan ancaman penubuhan ala Rejim diMalaysia tercinta.Bukan lagi sekadar untuk Pilihanyraya BERSIH bahkan yang lebih penting bagi melahirkan rakyat dan generasi yang berani bersuara dan menentukan masa depan mereka dalam sebuah negara bebas berdaulat. Percayalah kalau BERSIH gagal berhimpun pada 9 Julai ini, selangkah lagi menyaksikan Negara ala Rejim bertambah subur diMalaysia ini. Bukan nak lawan PDRM,mereka ipar duai anak saudara kita juga cuma tak gemar politikus pengecut berselindung disebalik PDRM yang gaji sara hidup mereka adalah dari sumbangan rakyat termasuk penyokong BERSIH juga. Kepada PDRM peliharalah kredibiliti tuan-tuan antara Polisian yang terbaik di dunia. Jangan comotkan imej yang ada. Kan selalu kita dengar PDRM miliki keupayaan menjaga keselamatan dan banyak pengalaman. Gunakan pendekatan yang kerajaan sebagai bapa dan BERSIH sebagi anak tuan-tuan yang mungkin nakal. Tugas tuan-tuan kawal dan dekati anak nakal bukan terus nak rotan dan pukul.Kerana tindakan merotan dan pukul serta tendang teranjang akan menjadikan anak-anak bertambah liar. Kalau payah-payah rotan si bapak tu aja…he he dengan izin.


Puisi: Unggun Bersih, oleh A. Samad Said
Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID