BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Mei 03, 2011

Salji Di Shah Alam - Malaysia i-City

Kini Salji Turun Di Malaysia - Shah Alam

Dewasa - RM 25 (umur 65 tahun tidak dibenarkan masuk)
Kanak-kanak - RM 20 (umur bawah 3 tahun tidak dibenarkan masuk)

SHAH ALAM: Orang ramai, bersama-sama 'Dora the Explorer' dan i-City, menyambut kedatangan salji pertama di Snowalk pada 19 Mac lepas apabila teknologi dari Korea Selatan itu dilancarkan sebagai tarikan terbaru di "City of Digital Lights".

Kawasan seluas 4,645 meter persegi di Shah Alam itu cukup sejuk dengan suhu bawah 5 darjah celcius dan yang paling menarik, 'salji' setebal 0.1 meter di situ boleh dimakan.

Pengalaman dengan salji ini, yang pertama di Asia Tenggara, menggunakan teknologi Korea terbaru di mana air tulen bertapis yang dibekukan dijadikan salji yang selamat untuk dimakan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru-baru ini berkata produk pelancongan yang menarik dan inovatif seperti Snowalk sebuah penyejuk untuk menyejukkan air bersih dari suhu bilik ke 15 darjah Celsius, sebuah unit kondenser untuk membekukan dram salji ke -35 darjah Celsius dan akhirnya bilahan mesin salji akan menukarkan ais kepada emping-emping salji yang halus.

Selain menikmati pengalaman salji turun sebenar, Eu berkata pelawat juga dapat menyaksikan lanskap LED sebalik 1,000kg arca-arca ais yang kreatif.

Pekerja dari Harbin, China, yang tersohor sejak bergenerasi lalu dengan kemahiran mengukir ais dan arca ais tahunan sebesar bandar telah dibawa ke Shah Alam untuk mengukir setiap arca dengan tangan.

'Lightscape' Yang Menawan

Dengan teknologi LED yang terkini yang digabungkan dengan elemen tradisional, i-City sememangnya menawarkan pemandangan yang unik dan menawan.

Ia digelar destinasi pelancongan "lightscape" yang pertama di Malaysia. Kata Eu, pelawat dapat bersiar-siar di taman berwarna-warni "empat musim" dengan pelbagai arca menarik. Bandar itu menyediakan prasarana teknologi tinggi yang mempamerkan kecantikan unik lampu digital dikenali sebagai CityPark dan CityWalk.

"Terdapat juga jalan membeli-belah dan taman tema di bandar digital ini untuk pelawat yang ingin merehatkan minda," kata Eu.

Destinasi Santai Bagi Keluarga

Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai destinasi santai di Lembah Klang yang sesuai untuk keluarga, Pengarah Pemasaran i-City, Monica Ong, berkata i-City telah mengikat perjanjian dengan Nickelodeon untuk menyediakan acara promosi antarabangsa dan bertema.

Kerjasama dengan Nickelodeon itu juga akan menggalakkan lagi pelancongan domestik dan antarabangsa ke i-City yang kini mempunyai hampir 90,000 pelawat setiap minggu.

Nickelodeon meruapakan jenama hiburan terkenal kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

"Tahun ini menjanjikan sesuatu yang menarik bagi i-City. Kami telah merancang program promosi dan bertema bertaraf antarabangsa berjumlah AS$5 juta. -BERNAMA



I-City Dapat Hak Mesin Salji Di Malaysia - Shah Alam
Pemaju hartanah, I-City, akan memperkenalkan pengalaman “salji turun” yang pertama di Asia Tenggara, di Malaysia, apabila memperoleh hak ke atas mesin salji buatan Korea — untuk pusat artik seluas 50,000 kaki persegi di Shah Alam.

Mesin salji unik itu dibangunkan khas untuk I-City atas permintaan syarikat bagi menghasilkan salji dalam iklim tropika, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Eu Hong Chew.

Tanpa menyebut kos mesin itu, Eu berkata fasa pertama membabitkan pemasangan mesin 16 dram di siling pintu masuk utama Snowalk.

Mesin itu berupaya menghasilkan enam tan atau kira-kira 400 kilogram salji “lembut” sehari, katanya kepada wartawan Malaysia selepas menandatangani pakatan strategik untuk hak eksklusif di Malaysia dengan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Snow Ice Maker BarsKorea, Lee Ki Choon, pada Khamis di kilang BarsKorea (BK Korea) di Incheon Metropolitan City.

BarsKorea, syarikat Korea yang berpangkalan di Incheon, membekalkan mesin-mesin salji untuk industri makanan dan minuman sejak 10 tahun lepas.

Eu berkata BarsKorea bersetuju memberikan hak eksklusif itu kepada I-City dan sebagai balasan, I-City membenarkan BarsKorea membawa masuk para pelanggan perniagaannya melihat operasi mesin salji yang beroperasi di I-City.

“I-City menggunakan teknologi Korea bagi mewujudkan salji dengan memusing dram menggunakan air tulen, dan pelawat akan menikmati pengalaman emping salji yang hampir serupa dengan salji semula jadi, pada pertengahan Mac.

Mesin salji itu dihantar ke Malaysia pada malam Khamis dan dijangka tiba di I-City minggu depan.

Mengulas lanjut mengenai teknologi Korea itu, Eu berkata peralatan itu mempunyai tiga komponen utama, sebahagian besarnya pendingin, dram salji dan kondenser. Pendingin digunakan untuk menapis dan menyejuk air pada suhu bilik Malaysia (kira-kira 24 darjah celsius) kepada 15 darjah celsius.

Kondenser 50HP (kuasa kuda) ialah pusat proses penyejukan bagi membekukan dram salji kepada – 35 darjah celsius menggunakan gas penyejuk mesra alam R-404A.

Setiap daripada 16 dram salji menggunakan dram berpaten dengan bilah bagi mewujudkan emping salji.

Air kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin dan emping salji terhasil serta-merta dan berterusan. Dram salji digantung dari siling dan ketika emping jatuh ke tanah, alat penghembus yang dipasang di tengah dram salji akan menghasilkan curahan salji ringan.

Ditanya mengenai rancangan fasa kedua SnoWalk, Eu berkata: “Kami mahu melihat sambutan orang ramai terhadap pengalaman salji ini dan akan memutuskan untuk memperkenal pelbagai pengalaman menarik sukan dan permainan musim sejuk, dengan kesan 4D.”

Ia merupakan pengalaman pertama salji turun di Asia Tenggara, dan SnowWalk memperkenal konsep salji dan iklim sejuk yang menarik, menghiburkan serta memberi pengetahuan,” katanya.

“Pengunjung boleh menikmati pengalaman salji sebenar dan iklim subbeku serta cerun salji setinggi tiga tingkat,” katanya yang menambah I-City akan melakukan promosi di sekolah dan institusi pendidikan bersama Pusat Sains Negara.

Selain menikmati salji sebenar, Eu berkata pengunjung boleh juga menikmati sinaran lampu LED yang dipasang antara 100 tan skulptur ais yang dihasilkan dengan reka bentuk yang kreatif.

Para pekerja dari Harbin, China, sebuah bandar yang terkenal kerana generasi pengukir ais, dan menganjurkan pertanding tahunan mengukir ais, membawa pakar dan peralatan yang dihasilkan sendiri ke Shah Alam untuk tujuan itu.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran BarsKorea Mark Lee, pada taklimat mengenai produk mesin salji itu, berkata BarsKorea mengambil masa hampir 10 bulan untuk menyiapkan projek itu dan akan menghantar empat atau lima pakar untuk memasang mesin berkenaan dalam tempoh dua hingga empat hari selain melatih jurutera I-City selama seminggu atau sebulan hingga mereka mahir menggunakan mesin berkenaan.

“Kami mempunyai teknologi pengeluaran salji yang berkualiti tinggi dan memandangkan kami menggunakan air tulen untuk menghasilkan salji, pengunjung boleh makan salji berkenaan. Kami menggunakan teknologi yang sama di Korea Selatan, dan ini adalah kali pertama kami membuat penyesuaian peralatan salji satu dram kepada mesin 16 dram untuk Malaysia,” katanya.

Lee, anak pengasas BarsKorea, berkata BarsKorea sudah mengeksport mesin salji satu dramnya ke Filipina, Singapura dan Dubai, dan kira-kira 20 negara menggunakan perkhidmatan syarikat itu.

I-City dimajukan oleh I-City Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh I-Bhd. I-Bhd disenarai di Papan Utama Bursa Malaysia, dengan Permodalan Nasional Bhd, pengurus dana terbesar Malaysia, merupakan pemegang utama sahamnya. – BERNAMA


Hujan salji melanda i-City Shah Alam?

Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut. Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 hektar (72 ekar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.

ikunjungi oleh lebih 90,000 orang pengunjung setiap minggu, i-City kini merupakan pusat tumpuan pelancongan malam hari yang paling popular di tanah air.

Kata Eu, mulai 19 Mac ini, para pengunjung ke i-City akan berpeluang bukan sahaja menikmati suasana dan pengalaman sebenar bermain salji malah menyaksikan bagaimana ‘salji turun ke bumi’ apabila mereka melalui “Laluan Salji” atau “Snowalk” dalam satu kawasan tertutup seluas 50,000 kaki persegi yang dibina khas untuk memberi kesan khas kepada pembentukan salji.

Projek tersebut, katanya dapat direalisasikan dengan kerjasama i-City dan sebuah konglomerat dari Korea iaitu BarsKorea yang merupakan pakar teknologi penghasilan ais untuk industri makanan sejak 10 tahun lalu.

Kedua-dua pihak telahpun menandatangani perjanjian eksklusif di Korea Selatan lebih kurang dua minggu lalu untuk memberi hak penggunaan teknologi itu bagi Malaysia.

Pengalaman menikmati salji buatan manusia ini adalah yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga bagi rantau ini.

Ia mempunyai tiga komponen iaitu mesin penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan air daripada suhu bilik kepada 15 darjah selsius. Komponen kedua ialah unit kondenser (mesin pemeluwap) untuk berfungsi untuk menyejukkan tong dram yang bakal menghasilkan salji dan komponen ketiga ialah 16 unit tong dram yang akan digunakan untuk menghasilkan emping salji.

Hasilnya ialah, para pengunjung yang melalui Laluan Salji ini akan berpeluang untuk merasai pengalaman bersalji, bermain salji dan menikmati suasana sebenar salji sepertimana di negara-negara Eropah atau negara-negara lain yang bersalji.

Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran i-City, Monica Ong, Laluan Salji ini terletak di dalam sebuah kawasan seluas 50,000 kaki persegi dengan suasana dan persekitaran artik beserta suhu di bawah 5 darjah selsius serta salji setebal 100mm.

Oleh kerana air yang akan diguna untuk menghasilkan salji ini katanya telah ditulenkan maka ia pada asasnya adalah selamat untuk dirasa atau dimakan.

Dan sempena dengan pelancaran Laluan Salji pada 19 Mac ini, beliau memberitahu, para pengunjung berpeluang untuk berkenalan dan menemui personaliti kartun Nickelodeon iaitu “Dora the Explorer” yang akan dibawa khas ke i-City dengan kerjasama Nickelodeon Asia Tenggara.

i-City juga dijangka membawa satu lagi watak kartun popular Nickelodeon iaitu SpongeBob untuk menghiburkan para pengunjung Laluan Salji pada bulan Jun nanti.

Kos untuk membina Laluan Salji di i-City adalah sekitar RM10 juta dan pengunjung hanya dikenakan caj sebanyak RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak).


Salji di Malaysia
Harian Metro

SHAH ALAM: Orang ramai, bersama-sama ‘Dora the Explorer’ dan i-City, menyambut kedatangan salji pertama di Snowalk pada 19 Mac lepas apabila teknologi dari Korea Selatan itu dilancarkan sebagai tarikan terbaru di "City of Digital Lights".

Kawasan seluas 4,645 meter persegi di Shah Alam itu cukup sejuk dengan suhu bawah 5 darjah celcius dan yang paling menarik, ‘salji’ setebal 0.1 meter di situ boleh dimakan. Pengalaman dengan salji ini, yang pertama di Asia Tenggara, menggunakan teknologi Korea terbaru di mana air tulen bertapis yang dibekukan dijadikan salji yang selamat untuk dimakan. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru-baru ini berkata produk pelancongan yang menarik dan inovatif seperti Snowalk@i-City akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, selain menjana pelancongan dalam negara. "Dulu saya biasa memberitahu orang luar negara yang kita di Malaysia ini ada semuanya kecuali salji. Tapi, dengan Snowalk, kita boleh kata salji pun ada di Malaysia," katanya.