BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Mei 18, 2011

Kem ALAMI Planetarium Negara

KEM ALAMI : 29-31 MEI 2011 DI PLANETARIUM NEGARA

Program Kem ALAMI merupakan salah satu aktiviti pendidikan anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep asas sains amnya dan sains angkasa khususnya. Justeru itu, kumpulan sasaran adalah pelajar sekolah Tahun 4 sehingga Tahun 6.

Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam di Planetarium Negara. Sepanjang tempoh tersebut, pelajar, akan dilibatkan dengan aktiviti dalam dan luar kelas. Pelajar juga dikehendaki mengikuti aktiviti senaman dan rekreasi di luar kompleks. Aktiviti bermula seawal 6.30 pagi dan tamat pada jam 12 malam.

KEMUDAHAN
Kelas : Teatret (bilik 80 orang dengan penyaman udara)
Rekreasi : Sekitar kompleks Planetarium Negara
Makan : 4-6 kali sehari
Tidur : Galeri Pameran dan Bilik Aktiviti
Bilik mandi : Disediakan di tandas/ bilik mandi dalam bangunan

DAFTAR : 3.00 PM, 29 MEI @Teatret, Planetarium Negara
TAMAT : 2.00 PM, 31 MEI @Lobi VIP, Planetarium Negara

Tempahan boleh dibuat melalui telefon. Bagaimana pun borang pendaftaran yang lengkap bersama-sama bayaran RM45.00 bagi seorang peserta hendaklah diserahkan kepada penganjur selewat-lewatnya pada 25 Mei 2011 sebagai pengesahan penyertaan.

Hubungi:

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Planetarium Negara, 53, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03 2273 5484 Faks: 03 2273 5488

Pautan rujukan: