BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Mei 23, 2011

Kekurangan Alat Ganti - Pekerja Honda Dapat Cuti 14 Hari

TOKYO 23 Mei - Pekerja Honda diarahkan mengambil cuti tambahan sebanyak 14 hari sepanjang bulan Jun hingga Ogos sebagai langkah mengurangkan pengeluaran ekoran masalah tidak cukupnya alat ganti. Honda juga telah menghantar pesanan kepada pekerja dan kesatuan sekerja supaya mengambil cuti tambahan pada bulan seterusnya jika masalah kekurangan alat ganti berterusan, kata jurucakap Keitaro Yamamoto.

Pada 11 Mac lalu Jepun telah dilanda gempa bumi yang kuat dan tsunami menyebabkan pengeluaran alat ganti kenderaan termasuk milik Honda terjejas.

Honda memaklumkan bahawa pengeluaran alat gantinya tidak akan pulih sepenuhnya sehingga akhir tahun ini. - AP