BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, April 25, 2011

Gadis Tempatan Waspada Lelaki Kulit Hitam Laman Sosial

Gadis Tempatan Perlu Waspada Helah
Lelaki Kulit Hitam Laman Sosial


Wisma Putra menasihatkan gadis-gadis muda tempatan terutamanya dari kawasan pedalaman agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki kulit hitam yang dikenali menerusi laman sosial. Ini bertujuan mengelakkan mereka terpedaya dijadikan keldai dadah oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Seorang gadis Malaysia berusia 22 tahun dan sedang menuntut di Kolej Segi ditahan di Shenzhen, China 29 Mac lalu apabila pihak berkuasa menemui sejumlah dadah dalam perutnya.

Gadis Dayak dari Sarawak ini baru berkenalan dengan seorang lelaki kulit hitam menerusi laman sosial Facebook tahun lalu. Tteruja dengan bayaran RM5,000 dia telah menelan 100 biji heroin seberat 700 gram untuk dihantar ke Shenzhen.

Lebih menyedihkan katanya, gadis tersebut tidak pernah berjumpa dengan “kekasihnya” itu dan semasa ditemui wakil konsulat Malaysia di China dia merayu agar kesnya tidak dimaklumkan kepada keluarga.

Sebaliknya memohon bantuan kewangan dari konsulat kerana kesukaran membeli makanan di penjara Shenzhen.

Wisma Putra tidak boleh campur tangan dalam undang-undang melibatkan negara lain sebaliknya hanya menghulurkan bantuan sekiranya diminta oleh keluarga mangsa.

Statistik menunjukkan sehingga 31 Mac lalu seramai 1,880 rakyat Malaysia ditahan di luar negara dengan 833 daripadanya didakwa terbabit dengan kes penyeludupan dadah.

Daripada jumlah itu, seramai 675 membabitkan lelaki manakala 158 ialah wanita.