BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Disember 09, 2010

Petua Kuruskan Muka Tembam Pipi Tembam

Comel: Muka Tembam atau Pipi Tembam

Petua Kuruskan Pipi Tembam Dan Petua Kuruskan Muka Tembam
Disusun oleh Amiene Rev

Ada sesetengah orang suka pipi yang tembam, kata mereka, pipi tembam nampak awet muda. Lambat nampak tua. Ada sesetengah orang tidak suka pipi tembam, kata mereka, nampak gemuk, tak sesuai dengan badan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pipi dan muka jadi tembam ni.

Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. Berikut adalah petua untuk kuruskan muka tembam atau pipi tembam.

Petua 1 Untuk Kuruskan Muka Tembam: Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka
Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.

Petua 2 Untuk Kuruskan Pipi Tembam: Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur
Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutu dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.

Tembam Yang Menakutkan


Petua 3 Untuk Kuruskan Muka Tembam
Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.

Petua Kuruskan Muka Tembam Bagi Individu Berat Badan Normal
Kadang-kadang ada orang yang memiliki berat badan yang ideal, tetapi muka beliau bulat macam bola. Wajah yang seperti ini pastilah amat kelakar, bak kartun arnab Looney Toon yang dipanggil Bugs Bunny.

Sebab itulah bagi sesetengah orang, apabila diukur berat badannya menerusi Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan, didapati adalah normal atau ideal, tetapi disebabkan mukanya sahaja yang kelihatan gemuk, bulat dan tembam, menyebabkan dia disalah anggap sebagai gemuk! Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap individu tersebut kerana wajah tembam dan pipi gemuk yang dimilikinya menyebabkan dia sering dianggap gemuk, dikritik supaya turunkan lagi berat badan, dituduh dan difitnah kuat makan atau makan banyak, sedangnkan tuan punya badan punyalah menjaga makan dan minumnya!

Jurulatih Ansai Berwajah Tembam

Silapnya mungkin tuan punya badan kuat ketawa, selalu tidur selepas makan atau kuat bergurau. Patutlah kata orang, kalau kuat bergurau dan ketawa, badan sihat, kemungkinan ini merujuk pada kandungan lemak yang berkumpul pada pipi, dagu dan muka apabila seseorang itu kuat ketawa. Maklumlah, orang yang suka bergurau ini dianggap senang hati, manakala orang yang diam dan kurang bercakap dikatakan ada memendam masalah atau rasa tidak puas hati. Jadi bagaimanakah caranya hendak menguruskan muka yang tembam?

Cara keduanya ini hampir sama dengan senaman mimik muka yang disebutkan tadi, tetapi kali ini lebih kepada senaman mulut dan bibir. Mula-mula kuncupkan bibir macam hendak cium orang, tetapi anggaplah kakak-kakak sekalian hendak mencium putera katak supaya putera katak itu boleh menjelma menjadi putera raja yang tampan untuk menjadi pasangan hidup kakak-kakak sekalian. Ulang senaman ringkas ini secara laju-laju sampai bahagian rahang dan bawah dagu rasa lenguh dan tegang.

Kedua, naik atau lipatkan bibir bawah ke atas bahagian bibir atas seperti orang utan. Jangan risau kerana senaman ini tidak akan menyebabkan anda menjadi orang utan jadian. Ulang sampai 20 kali. Kata orang, kejayaan kaedah ini boleh diketahui apabila pada keesokkan paginya anda rasa sakit atau sengal-sengal pada bahagian leher. Jika hal ini berlaku, rehatlah dahulu sehingga kurang rasa sakit, lepas hilang rasa sakit barulah boleh disambung semula.


Choji Berwajah Tembam

PANDANGAN ORANG RAMAI TENTANG PIPI TEMBAM DAN MUKA TEMBAM
Amiene Rev telah menemubual beberapa orang warganegara Malaysia untuk mengetahui pandangan mereka mengenai wajah yang tembam. Apakah puncanya muka jadi tembam, bagaimanakah cara mengatasi muka tembam, baguskah pipi tembam, sukakah pipi tembam dan lain-lain pendapat lagi berkenaan pipi tembam dan muka tembam.

Che Pah Tembam: "Pipi tembam itu kan cute, tetapi bergantung pada sesetengah oranglah. Ada yang anggap pipi tembam sebagai daya penarik tetapi ada juga yang anggap pipi tembam ni sebagai satu kekurangan pada wajah."

Mak Soh Awet Muda: "Comel apa pipi tembam. Apalah tak suka pipi tembam. Suami saya kata dia paling suka dengan pipi saya yang tembam ini. Lagi pun, ha, ini ada satu petua ni. Kalau nak awet muda macam Kak Soh ni, ini dia petua awet muda ni. Biarkan pipi kita ni tembam. Tengok Kak Soh, badan kurus tapi muka bulat dan tembam. Percayalah, kalau wajah tembam tu, rezeki awet mudalah tu, tak payah nak kempis-kempiskan. Takkan nak bagi cengkung pula. Buruklah."

Ning Gadis Nogori: "OK apa pipi tembam. Cute pun ada. Sesungguhnya kecantikan milik semua insan yang bersifat sementara. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Tuhan."

Noraniza Idzlan: "Pipi kita pun tembam juga. Dari dulu sampai sekarang tembam tak pernah susut. Badan kita ni pun dalam kategori kurus. Masalahnya, suami kita tak bagi kuruskan pipi. Dia paling suka pipi kita tembam. Dia kata dia suka. Kalau punca faktor pipi kita tembam ni, kita tahu. Puncanya kita suka gelak. Sebab kita ni tak kuat makan, tapi kuat gelak. Gelak melampau-lampau. Bahagia selalu. Hi! Hi! Hi! Ha! Ha! Ha!"

Chew Fei Mao: "Pipi tembam? Cuba kau kunyah chewing gum tiap-tiap hari. Kalau tak silap aku kunyah chewing gum itu bagus itu senaman mulut punya. Mungkin ada dapat mengurangkan ketembaman pipi itu."

Kegemukan Pada Wajah - Wajah Terlampau Tembam

Jiwa Tembam: "Dulu-dulu selalu rasa macam kena ejek bila orang lelaki cakap suruh kita tembamkan muka kita ni. Adalah rasa risau tu. Ingat nak hilangkan tembam ni, tapi ada juga yang puji. Senyum nampak comel. Tembam kalau sesuai dengan bentuk badan OK."

Gadis Cinta Kolestrol: "Dulu kita gemuk. Berat 60 kilogram lebih kurang. Lepas tu kita diet. Sekarang ni dah turun jadi 45 kilogram. Tapi pipi tak mahu kurus juga. Pening kepala dibuatnya."

KESIMPULAN: Kebanyakan orang yang melihat suka bila seseorang itu kelihatan tembam, namun yang empunya diri tidak suka mukanya kelihatan tembam.