BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, November 03, 2010

Anak-Anak Yatim Anak-Anak Orang Miskin 3

Antara Mahasiwa dan Guru dengan
Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Orang Miskin - Siri 3
Penulis: Amiene Rev (C) 2010

Kalau boleh, aku ingin menyelamatkan kesemua anak-anak di dunia ini daripada terjerumus ke lembah hedonisme. Sejak beberapa minggu yang lalu, cuma Al-Quran menjadi penghibur hatiku. Lagu-lagu ciptaan manusia menjadi hambar untuk dilagukan. Menjadi sumbang untuk dinyanyikan. Jiwaku tidak tertarik lagi dengan lagu-lagu manusia.

Sesekali ada teman-temanku mengajakku menyanyikan lagu-lagu ini, aku cuba, tetapi kemudian aku termenung. Aku rasa sedih dan sayu. Lalu aku berhenti. Aku tidak suka lagu-lagu ini, biarpun dahulu, aku cukup suka menyisipkan memori silam dan kenangan-kenangan bersama-sama orang yang kusayang di dalam lagu-lagu tertentu. Kini, semuanya hambar belaka. Aku tidak ada minat lagi untuk menikmati hampir kebanyakan lagu di muka bumi ini.

Ah, maafkan aku. Maafkan aku jika aku menyinggungi perasaan seseorang. Sesungguhnya, aku cukup takut untuk menyinggungkan perasaan kalian. Terutama jika kalian yang menjadikan lagu sebagai sumber pendapatan kalian. Lalu, hatiku semakin sayu. Hatiku sayu, kerana aku ingin menghentikan segala benih hedonisme.

Aku terkenangkan anak-anak yatim itu. Aku terkenangkan anak-anak orang miskin itu. Aku memikirkan betapa bahayanya pengaruh pemikiran hedonis itu nanti ke atas anak-anak itu. Kerana, kerana suatu ketika nanti, apabila mereka sudah terpengaruh, maka derita dan pembaziran akan melanda. Kehinaan.

BERSAMBUNG...