BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Oktober 28, 2010

NOST 2 - Tribunal Pemburu Mimpi

Sadis dan kejam. Setiap permulaan akan ada penamatan. Bayangannya semakin dapat kugenggam. Biar jauh, dalam kegelapan hitam lusuh, aku terus memburunya sehingga dia kepenatan, rebah dan tersungkur. Ketika itu aku menyedari, seperti mana-mana makhluk, dia cuma separa dewa, tidak mampu menjadi pencipta. Dia tewas lantaran terlalu yakin, dan menjadi abu dalam tinggalan zaman.