BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 12, 2010

Cara Kukus Nasi - 30 Minit

Teknik Memasak Nasi Secara Kukus 30 Minit
Oleh Amiene Rev

Selain memasak nasi dengan menggunakan rice cooker, nasi juga boleh dimasak dengan cara kukus. Sebelum kita mengukus nasi, bahan-bahan berikut perlu disediakan.

Bahan-bahan untuk mengukus nasi:
  1. Beras - Disukat dengan cara biasa untuk hidangan berapa orang.
  2. Air panas yang baru mendidih.
  3. Mangkuk untuk mengukus nasi (mangkuk besi/aluminium)
  4. Bekas mengukus nasi (yang biasa kita guna untuk mengukus makanan)

Cara-cara mengukus nasi adalah seperti berikut.
  • Didihkan air yang cukup untuk satu mangkuk atau lebih.
  • Masukkan 3/4 (tiga per empat) beras yang telah dibasuh ke dalam bekas atau mangkuk kukus nasi.
  • Isikan air yang telah dididihkan tadi ke dalam mangkuk yang berisi beras tadi sehingga penuh.
  • Masukkan bekas mengukus nasi ke dalam bekas kukus.
  • Kukus sehingga 30 minit.
  • Selepas 30 minit, cuba buka dan periksa sama ada beras yang telah dikukus tadi telah bertukar menjadi nasi atau pun tidak. Jika nasi sudah masak, maka telangkupkan mangkuk kukus nasi tadi ke atas pinggan.
  • Hidangkan bersama apa jua jenis lauk yang anda suka. Kelebihan nasi kukus ialah anda tidak perlu memasak nasi secara berlebihan jika anda memasak untuk diri anda sendiri. Nasi kukus juga tidak ada kerak.