BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Oktober 15, 2010

Belanjawan 2011 Dibentangkan Hari Ini

Beberapa perkara yang ditunggu-tunggu daripada Belanjawan 2011 untuk dibincangkan pada petang ini termasuklah:
  1. Pengurangan subsidi.
  2. Bonus dan insentif kewangan untuk kakitangan awam.
  3. Penurunan cukai pendapatan.
  4. Had dan syarat penggunaan kad kredit.
  5. Cukai berasaskan jualan produk haram dan aktiviti haram seperti perjudian. Baru-baru ini pernah timbul isu pemulangan semula wang dan gaji oleh rakyat kepada pihak kerajaan kerana kecurigaan terhadap isu halal haram wang yang diterima.
  6. Pengurangan nilai peratus pembiayaan perumahan orang bank dan syarikat kewangan.
  7. Status penjualan beberapa GLC seperti PLUS dan UEM.
KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2011 menjadi tumpuan apabila Dewan Rakyat mula bersidang esok sehingga 15 Disember depan. Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan tersebut pada 15 Oktober ini Pada majlis rundingan belanjawan di Putrajaya hari Jumaat, Najib menyifatkan belanjawan sebagai peneraju transformasi ekonomi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sidang kali ini menyaksikan kekosongan satu kerusi berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Barisan Nasional (BN) semalam.
Chong terbunuh dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi dan bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Sembulan dekat Kota Kinabalu. Dewan Rakyat mempunyai 137 ahli parlimen BN, 77 pembangkang dan lapan bebas.
- Bernama
TERBARU MENGENAI BELANJAWAN NEGARA 2011
KUALA LUMPUR: Lebih RM100 bilion untuk Belanjawan 2011 tetapi peruntukan untuk semua kementerian dipotong separuh menerusi peruntukan Pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Perbelanjaan dipotong untuk membiayai projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dengan masing-masing mendapat peruntukan lebih RM17 bilion dan RM11 bilion.

Kira-kira RM35 bilion, separuh dari peruntukan tahun lalu, diperuntukan untuk projek-projek baru kementerian.