BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Jun 10, 2010

Radix Fried Chicken - Ayam Goreng Paling Sedap Di Malaysia! Kini Dibuka Di Kota Bharu

Radix Fried Chicken atau Ayam Goreng Radix, harganya bukan sahaja jauh lebih murah, tetapi keunikan ayam organik herba dan rasanya yang asli menjanjikan kesedapan tidak terhingga buat lidah-lidah orang yang merasainya. Ada juga orang tua-tua yang mengatakan, selepas makan ayam goreng Radix, tenaga badan mereka meningkat! Kemungkinan besar Ayam Goreng Radix sangat sesuai untuk dimakan oleh sesiapa sahaja yang melibatkan dalam aktiviti lasak, bekerja berat atau sukan.

Dikatakan di Radix FC cawangan Kluang, Johor, orang ramai sanggup beratur sehingga di luar pintu bangunan Restoran Radix Fried Chicken sehingga 2 jam semata-mata untuk menunggu giliran membeli dan merasai keenakan ayam Radix Fried Chicken.

Pada April 2010, cawangan baru Radix Fried Chicken tertubuh di tingkat tiga Kota Bharu Trade Centre atau Giant Kota Bharu. Mungkin ramai orang yang belum sedar kemunculan ayam goreng paling istimewa di Malaysia itu di Kota Bharu memandangkan pada masa ini, Jun 2010, masih banyak lot-lot premis jualan kosong di aras tiga dalam proses pengubahsuaian, manakala Restoran Ayam Radix pula terletak di belakang lot-lot premis tersebut.

Kesedapan Ayam Goreng Radix bukan sahaja terletak pada ayam gorengnya, tetapi juga tiga jenis sos iaitu sos cili thai, sos cili biasa dan sos tomato Radix. Selain itu, nasi ayam Radix dan sate ayam Radix juga sedap dimakan.

Ayam Goreng Radix adalah produk makanan ayam goreng tempatan yang sungguh mengujakan. Apabila Radix Fried Chicken dibuka di bandaraya-bandaraya besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Seremban, Melaka dan lain-lain tempat, maka sudah pasti Raja Ayam Goreng ini akan menakluki Malaysia.

Bayangkan nilai 9 unit ayam goreng Radix cuma sekitar RM23 sahaja! Selain nilai yang murah, dan rasa yang sangat lazat serta kenikmatan rasa herba, apa lagi kelebihan Ayam Goreng Radix yang mampu ditandingi oleh jenama ayam goreng yang lain?

Ayam organik adalah ayam yang diternak bebas daripada enzim babi atau makanan yang dilarang oleh agama Islam. Ayam yang diternak secara organik adalah ayam yang diberi makan seperti, ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan horman, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organik seperti spirulina dan tidak memakan dedak.

Rujukan: http://www.radixfriedchicken.com.my