BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Mei 03, 2010

Auto Update: Mekanisme Hati

Sekiranya di dunia ini, manusia bertanya, "Siapakah musuh azali jenis kita?"

Aku yakin, jawapan yang paling tepat ialah hati yang busuk. Syaitan, adalah kaum yang hatinya dipenuhi hasad dengki, lalu syaitan-syaitan ini menghasut manusia supaya meninggalkan kebenaran.

Dan aku tahu, cuma dengan menjadikan diri sendiri sebagai jurutera hati, yang mencipta mekanisme hati yang mampu menyingkirkan kekeruhan cecair yang tercipta daripada kebusukan hati, kereputan iman dan ketandusan panduan ilmu yang menjadikan jiwa manusia begitu hodoh dan jijik.

Setiap kali pun aku berkata, setiap manusia berhak mendapat kejayaan atas apa yang diusahakan sendiri, dengan hati yang ikhlas dan jalan yang benar. - Amiene Rev