BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Mei 01, 2010

Auto Update: Kemunculan di RTM - Mei 2010

Kesibukan kadangkala melarang kita untuk menaip. Dialogku walau bagaimana pun tidak akan terhenti. Keupayaan auto update membolehkan sebarang kata-kataku tersiar, biarpun hayatku tidak lagi wujud di dunia ini.

Kerana itu, teknologi mampu menjadikan kehidupan sebagai satu ilusi. Tulisan-tulisanku akan terus terpapar di sini, biarpun aku tidak lagi menyentuh teknologi.

Pergerakanku akan sentiasa wujud, seolah-olah aku terus bernafas di alam ini. Kesemua ini mengundang seribu satu khayalan, setiap tulisan umpama tamar yang mengisi perut-perut yang lapar.