BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Mei 07, 2010

Auto Update: Bisikan

Bukanlah suatu yang mustahil apabila seorang ustaz atau seorang kaunselor gagal mengawal emosinya, kerana setiap manusia saling memerlukan. Bukankah pernah tersebar suatu kata-kata yang berbunyi, "Jika di dunia ini masih ada orang yang sudi menegur kamu, maka itu tandanya Tuhan masih sayangkan kamu, sehingga diutuskannya seorang manusia untuk menegur kesilapan kamu."

Sayang sekali, di dunia ini ada guru yang menegur tetapi difitnah dan diaibkan oleh pelajarnya sendiri. Sesungguhnya, berbahagialah sang guru di akhirat, dan jahanamlah si pelajar derhaka di neraka. Lebih mendukacitakan apabila pelajar itu sanggup pula memburuk-burukkan gurunya dan mencari-cari peluang pula untuk memburuk-burukkan gurunya. Betapa tololnya pelajar seperti ini, sehingga dia sanggup mencari kesenangan dengan menganiayai gurunya sendiri. Dia mendustakan kejahatannya dan menceritakan bahawa guru itulah yang salah, sedangkan Tuhan lagi Maha Mengetahui kebenaran seorang guru. Kepada guru-guru yang dianiayai oleh pelajar seperti ini, ketahuilah, dengan izin Allah, pelajar tersebut akan mendapat aib seumur hidupnya, dan mati dalam keadaan yang paling jijik dan mengaibkan kerana jahatnya pelajar ini sehingga tergamak memfitnah gurunya yang pernah mengajarnya. Puncanya, pelajar ini sakit hati hanya kerana guru tersebut menegurnya dengan keras kerana perbuatan biadabnya terhadap guru tersebut. Siapa makan cili, dialah terasa pedas.

Bersempena dengan Hari Guru yang semakin hampir, aku tiba-tiba terasa terpanggil untuk menyuarakan isi hatiku mengenai tugas seorang pendidik.

Biar betapa garang, bengis, pedas kata-kata seorang guru atau cara seorang guru untuk mengubah anak-anak didiknya, guru tersebut tetap adalah seorang guru. Ada pelajar yang tidak dapat menerima cara seseorang guru sehingga sanggup memburuk-burukkan guru tersebut. Maka pergi jahanamlah pelajar seperti ini, kerana sanggup menganiayai orang yang mendidiknya dan 'haramlah' apa yang diperolehinya daripada guru tersebut biarpun guru tersebut menghalalkannya.

Kita lihat apa jenis fitnah lagi yang akan ditabur oleh pelajar tersebut yang rupanya kini seperti 'babi' selepas ini dan pasti selepas ini petir akan menyambarnya. Kisah pelajar bermuka 'babi' selepas memfitnah gurunya akan didedahkan kemudian dalam episod yang lain.