BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, November 01, 2009

Filem This Is It - Michael Jackson Atasi Filem BlockBuster

Atasi filem blockbuster
Sumber: Kosmo.com.my
Review Filem Michael Jackson - This Is It

MICHAEL juga menjadi mentor kepada krew, pemuzik dan penarinya.

FILEM itu mencipta rekodnya tersendiri. Beratus-ratus tayangan di Amerika Syarikat Utara habis dijual, sebulan sebelum tayangan filemnya. Sony, telah mengesahkan bahawa lebih 30,000 tiket telah dijual pada hari pertama. Sehari kemudian, Sony menyatakan jualan tiket di Jepun mencatat angka AS$1 juta (RM3.8 juta).

"Situasi yang sama juga dilaporkan di Australia apabila tiket awal dijual menerusi pawagam Village Cinemas mencatatkan sambutan luar biasa berbanding filem-filem blockbuster seperti Transformers dan X-Men.

"Di Bangkok, Thailand, peminat beratur di kaunter tiket di seluruh negara dan tiket untuk tayangan hari pertama habis dijual dalam masa beberapa jam," kata wakil Sony.

Menurut portal hiburan E! Online.com, This Is It (berdasarkan jualan tiket sekarang) telah mengatasi jualan filem konsert Hannah Montana & Miley Cyrus: Best of Both Worlds Concert.

"Tahun lalu, filem itu telah mencatat jualan tiket sebanyak AS$31 juta (RM117.8 juta) pada minggu pertama. Naskhah itu telah menjadi filem konsert yang mengaut keuntungan terbanyak sepanjang masa setakat itu.

"Namun, sebaik sahaja tiket filem Michael dijual, ia telah mengatasi filem Miley dengan nisbah 3:1 pada tiga hari pertama. Namun, jualan tiket untuk kesemua dua minggu belum boleh diramalkan lagi."

DITAYANGKAN di 62 negara bermula dengan kota London, New York, Berlin dan Seoul kelmarin.

Jualan tiket secara online juga mencipta fenomena baru. Kata Naib Presiden MovieTickets.com, Joel Cohen: "Michael ialah figura ikonik yang mempunyai peminat di serata dunia. Kami memang sudah menjangkakan permintaan tiket yang banyak tetapi MovieTickets tidak pernah mengalami jualan awal sebegini untuk sesebuah filem."

Pada lima hari pertama, sebanyak AS$250 juta (RM950 juta) tiket dijual yang menjadikan ia kutipan tertinggi sepanjang masa untuk minggu pertama. Malah ia juga telah mengambil alih rekod yang dipegang oleh filem The Dark Knight dengan kutipan AS$203 juta (RM771 juta) pada lima hari pertama.

Di United Kingdom, pengarah syarikat Vue Entertainment, Stuart Boreman telah menyatakan jualan tiket sebanyak 30,000 dalam satu hari telah memecah rekod box-office di negara itu. Jualan itu telah mengatasi angka untuk filem Harry Potter and the Half Blood Prince (2009) dan The Lord of the Rings (2001) untuk jualan tiket awal.

PEMINAT berpeluang menyaksikan 70 peratus raptai penuh di Staples Center dan 30 babak di sebalik tabir.

"Saya tidak pernah menyaksikan situasi seperti ini dalam masa 25 tahun saya berada dalam industri. Ia satu fenomena dan jualannya semakin meningkat. Negara-negara lain seperti Perancis, Jerman, Holland, Sweden, Belgium, Selatan Afrika dan New Zealand juga mencatatkan kejadian luar biasa itu."

Pada mulanya, filem itu dijadualkan untuk tayangan pada 30 Oktober 2009 tetapi telah diawalkan kepada 28 Oktober 2009 atas sambutan luar biasa peminat.

"Michael mempunyai peminat di serata dunia, Maka, dengan menayangkan filem itu serentak, kami memberi peluang kepada peminatnya untuk meraikan perjalanan karier Michael. Lagipun tayangan hanya akan berlangsung selama dua minggu," kata Pengerusi Bahagian Pengedaran Filem Sony Pictures, Jeff Blake.