BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, November 05, 2009

Bantuan Untuk Bunuh Diri - Suatu Idea Tabu

BIASANYA penyakit yang membawa maut akan menjadi satu isu. Kini, ketika populasi penduduk dunia semakin panjang hayat mereka, kebanyakan kerajaan di dunia mula berkonfrantasi dengan idea tabu bahawa kematian adalah sesuatu yang boleh dilakukan secara pilihan sukarela.

"Walaupun permintaan terhadap opsyen ini belum menjadi satu amalan, namun ia telah berkembang pesat," kata Dr. Philip Nitschke, 61, pengasas dan pengarah kumpulan proeuthanasia (mati secara sukarela akibat tua atau penyakit tanpa berasa sakit), Exit International.
Doktor Australia yang mendapat gelaran Dr. Kematian kerana tugasnya berkaitan 'membunuh diri' secara sukarela itu telah menjelajah ke seluruh dunia. Dia mengajar orang ramai bagaimana menamatkan riwayat dengan selamat dengan menggunakan kit ujian ubat-ubatan membunuh diri.
"Sangat sedikit yang memilih jalan ini. Tetapi hampir semua warga tua berusia 75 tahun ke atas yang saya temui mengakui ada bagusnya memiliki sebotol Nembutal sebagai satu polisi insurans jika keadaan kesihatan bertambah buruk," kata Nitschke kepada AFP, sambil merujuk kepada ubat yang digunakan sebagai sedatif.

Harga kematian

Nitschke percaya, permintaan terhadap pilihan bunuh diri itu akan meningkat. Bagi membantu mengurangkan penderitaan golongan tua, ideanya adalah memberikan mereka akses lebih mudah kepada ubatan untuk membunuh diri. Namun katanya, bengkel-bengkel mengenainya telah diharamkan di Kanada dan New Zealand.
"Kit ujian yang terdiri daripada Nembutal ini boleh dicuba. Pada dos yang sesuai, ia boleh menamatkan nyawa dengan aman," kata Nitschke.
Di Britain, Nembutal digunakan oleh doktor haiwan untuk menenangkan haiwan dan penggunaan ke atas manusia sangat dikawal. Di Mexico, Amerika Selatan dan sebahagian negara di Asia Tenggara, Nembutal boleh diperoleh dengan mudah.

Ubat itu berharga AS$35 (RM126) sebotol dalam saiz 100ml. Mereka yang membawanya masuk ke Britain berdepan risiko mengimport barangan haram atau membantu bunuh diri.

"Peningkatan jumlah orang yang mendapatkan khidmat ejen untuk membeli Nembutal membuatkan harganya melambung sehingga AS$100 (RM360) sebotol," jelas Nitschke yang menjual kitnya pada harga AS$50 (RM180) sebotol.

Warga Britain yang merupakan ahli Dignitas iaitu sebuah organisasi dari Switzerland yang membantu mereka yang nazak untuk mati boleh membayar sejumlah 6,000 Swiss francs atau AS$5,800 (RM20,880) untuk perkhidmatan euthanasia. - AFP

Petikan sumber: KOSMO!