BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Oktober 08, 2009

Surat Pembaca: Hanya Pedoman - Gadis Muda Ramai Teman Lelaki Kini Insaf

Surat ini dikirimkan oleh seorang gadis yang kini berusia 18 tahun. Gadis ini amat menyesal dengan sikap suka berpoya-poya pada usia muda. Berdasarkan cara penulisan penghantar e-mel ini. Saya rasa beliau cuma mahu berkongsi kisahnya dengan para pembaca supaya dapat dijadikan pengajaran. Selepas melalui keperitan dalam hidup, penulis ini nampaknya sudah serik bercinta. Inilah antara akibat buruk apabila bercinta semasa usia masih belum matang. Sesungguhnya cinta itu adalah tanggungjawab.

Surat Pembaca: Hanya Pedoman
Aku baru berusia 18 tahun sekarang. Namun dalam umur yang masih muda, aku sendiri sudah tidak ingat berapa banyak teman lelaki yang aku ada. Namun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih menjauhkan aku daripada kemungkaran.

Setelah umurku 16 tahun aku mulai setia dengan teman lelaki ku yang bernama H. Kami mula bercinta ketika aku tingkatan 2. Percintaan yang cukup lama. Namun setelah aku habis SPM aku tinggalkan dia sebab tak tahan dengan sifat cemburunya yang melampau. Namun rasa cinta kami masih terlalu kuat. Hinggalah pada suatu hari Tuhan mengujiku dengan ujian yang lebih besar. Aku mendapat khabar bahawa dia meninggal kemalangan. Ketika itu aku hampir tidak dapat menerima Qada' dan Qadar Tuhan. Aku hampir gila. Padahal belum genap sebulan perpisahan kami, dia pergi dulu tinggalkan aku. Sekarang aku dirisik oleh seorang hafiz Al Quran yang sepuluh tahun lebih tua daripadaku. Mak pula kadang kala seperti memaksaku untuk menerimanya.

Aku buntu kerana aku belum bersedia untuk semua itu. Dan bila aku memikirkan soal rumah tangga. Aku geli. Bercinta??? Cukuplah. Dah terlalu banyak hati yang terluka kerana aku. Karma Tuhan tak lari ke mana.
E-mel Pembaca: Ruangan Pos Masalah Anda
Sekiranya anda ada masalah untuk dikongsi dan mahukan pandangan daripada Amiene Rev, bolehlah menggunakan pautan di bawah untuk mengisi borang Pos Masalah Anda (Surat Pembaca). Anda diminta tidak menggunakan Bahasa SMS dan seangkatan dengannya. Pastikan ejaan anda betul, dan tulislah seperti karangan yang mendapat A dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Setiap surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu. Surat yang tidak mematuhi kehendak penganjur, masih berdegil menggunakan Bahasa SMS langsung tidak akan dilayan atau dibalas.