BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, September 19, 2009

Kalkulator Zakat Pendapatan - Jenis-Jenis Zakat - Zakat Fitrah dan Zakat Harta

Untuk Mengira Zakat Menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan:

Sila ke http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

Zakat terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-
  1. Zakat Badaniah iaitu Zakat Tubuh Badan seperti Zakat Fitrah
  2. Zakat Maliah atau Zakat Harta Benda seperti Zakat Wang / Harta, Zakat Emas dan Perak, Zakat Binatang Ternakan, Zakat Biji-bijian dan Buah-buahan, dan Zakat Perniagaan

ZAKAT BADANIAH - ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar: “Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
  • Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
  • Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.

WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
  • Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  • Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  • Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

TEMPAT KUTIPAN / PEMBAYARAN
  • Amil-amil yang ditauliahkan sama ada di Surau, Masjid, Pejabat Kerajaan atau tempat-tempat tertentu di pelbagai tempat.

KADAR BAYARAN (sila rujuk kadar bayaran zakat fitrah di negeri/tempat masing-masing)
  • 1. Kadar bayaran mengikut cari asal ialah 1 gantang Baghdah makanan asasi seperti beras atau
  • 2. Mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan.
  • 3. Nilai mengikut kadar sekarang – RM4.20 bagi tahun 1421H/ 2000M
Nota : Nilai kadar zakat Fitrah akan berubah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian yang akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam di tempat masing-masing.


LAFAZ AKAD FITRAH

1. Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

2. Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

3. Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.


ZAKAT HARTA BENDA ATAU ZAKAT MALIAH

Zakat Maliah : Iaitu Harta Benda seperti :-
  • Zakat Wang / Harta
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Binatang Ternakan
  • Zakat Biji-bijian dan Buah-buahan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *

***

Ma'adin

Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz

Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz

Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)



TAKSIRAN ZAKAT WANG SIMPANAN

KADAR DIWAJIBKAN
  1. Wang simpanan wajib dikenakan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.
  2. Jumlah yang ditaksirkan berdasarkan Baki Simpanan Terendah yang kekal genap setahun.
  3. Jumlah simpanan terendah hendaklah menyamai atau melebihi nisab (Paras minima wajib zakat) 85 gram emas mengikut harga pasaran semasa.
  4. Kadar ditaksirkan ialah :-
  • Tahun hijriah 354 kadarnya 2.5%
  • Tahun Masihiah 365 kadarnya 2.57%

KADAR BAYARAN
Wang simpanan yang menyamai/melebihi nisab (nilai harga 85 gram emas di pasaran semasa) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


KAEDAH PENGIRAAN

Contoh 1
Pada 1 Januari 1994, jumpah wang simpanan En. Ahmad ialah sebanyak RM3,600, jumlah tersebut berkekalan di dalam simpanannya hingga genap setahun (354 hari bagi Tahun Hijrah): Oleh kerana jumlah wang simpanannya itu telah melebihi nilai harga yang paling tinggi bagi 85 gram smas sepanjang Tahun 1994, maka En Ahmad diwajibkan membayar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada jumlah wang simpannya.
RM3,600.00 x 1 = RM90.00

40




Sebagai contoh, nilai harga 85 gram emas bagi Bulan April 1994 ialah RM2806.00. Nilai ini berubah-ubah pada tiap-tiap Bulan. Untuk mengetahui harga semasa, Sila hubungi Baitulmal.

Contoh 2

Tarikh
Date

No. Kira-kira
Account Number

Wang Keluar
With Draw

Wang Masuk/Faedah
Deposited/Interest

Baki
Balance

01/01/1993 12514
6,500.00 6,500.00

07/04/1993

12514 500.00
6,000.00
09/05/1993 12514 700.00
5,300.00
28/06/1993 12514
1,000.00 6,300.00
20/10/1993 12514 900.00
5,400.00
30/12/1993 12514 600.00
4,800.00
09/02/1994 12514
300.00 5,100.00

Ulasan Taksiran

  1. 01/01/1993 hingga 30/12/1993 sudah cukup haul (Genap setahun).
  2. Nisab simpanan terendah ialah RM4,800.00 iaitu pada 30 Disember 1993.
  3. Kadar yang dikenakan zakat ialah RM4,800.00 x 2.5 % = RM 120.00

Ulasan Taksiran

1. 01/01/1993 hingga 30/12/1993 sudah cukup haul (Genap setahun).
2. Nisab simpanan terendah ialah RM4,800.00 iaitu pada 30 Disember 1993.
3. Kadar yang dikenakan zakat ialah RM4,800.00 x 2.5 % = RM 120.00


RUJUKAN:
http://www.e-zakat.com.my