Menjelang Penamatan Sebuah Prolog - Satelit
"Apabila seseorang itu mengajar seseorang, maka dia ialah guru, biarpun cuma ada seorang pelajar, tetapi apabila seseorang itu datang ke sesuatu institusi bukan untuk belajar, biarpun terdapat seratus orang guru yang ingin mengajarnya, maka dia belum layak dipanggil pelajar. Guru ialah orang yang melaksanakan pengajaran dan pelajar ialah orang yang menyanggupi haknya sebagai seorang pelajar dan melaksanakan tingkah laku wajar sebagai seorang pelajar." - Amiene RevSalam sejahtera, saya Amiene Rev, dan kini saya tinggal di sebuah kota metropolitan yang terbesar di satu penjuru dunia. Sudah sekian lama saya meminggirkan diri dari dunia internet, biarpun kini saya memiliki jawatan sebagai salah seorang pemimpin dalam bidang teknologi informasi dan perkomputeran di sektor pendidikan dunia.
KISAH 1 - Ustazah Y memperkenalkan Cikgu Z, "Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengawas. Ini Cikgu Z yang akan mengendalikan kerja-kerja Program Sambutan Hari P yang akan berlangsung tiga minggu lagi. Dia guru baru di sini, dan masih 'fresh' lagi dan dia ada banyak idea-idea baru. Baiklah, saya serahkan kepada Cikgu Z untuk mencadangkan idea-idea baru untuk Program Sambutan Hari P itu nanti. Dipersilakan Cikgu Z."Di sini, salah satu bidang tugas saya ialah meneliti tingkah laku manusia. Menurut catatan sejarah, kira-kira 5 kilometer dari tapak operasi saya, adalah lokasi penjenayahan nombor 1 di negara ini. Dengan kepanasan suhu yang setanding dengan Miami, dan sesungguhnya kota metropolitan ini terletak berhampiran dengan laut, adalah menjadi satu cabaran buat saya untuk tidak berpakaian ala-ala pelancong Hawaii.
Ketika itu seorang pengawas tingkatan 3 bernama P.H. duduk berhadapan dengan Cikgu Z di penjuru meja yang satu lagi sambil memberikan tumpuan yang sangat memotivasikan Cikgu Z. Maka tahulah Cikgu Z, dalam dunia ini, dia telah bertemu seorang pelapis baru untuk misi peningkatan kuasa terhadap kawalan organisasi pelajar.
Cikgu Z yang masih terperangkap dalam gelombang minda berkabut pun memberi cadangan, "Bersempena dengan Program Sambutan Hari P nanti, saya cadangkan kita buat Shuffle."
"Hah!" Semua pengawas terkejut. P. H. terbeliak. Reaksi para pengawas sungguh comel dan mencuit hati. Ustazah Y masih mampu mengawal keayuan seorang muslimah. Dalam situasi seperti ini Cikgu Z masih sempat membuat kejutan ala-ala Uzumaki Naruto.
"Cool..." Ujian Cikgu Z untuk melihat reaksi para pengawas berjaya. Cikgu Z pantas meneliti reaksi setiap pelajar untuk mengukur tahap piawaian emosi mereka. Data-data dikemaskinikan ke dalam otak, dan dalam masa sepantas kilat, hasil keputusan dikeluarkan. Cikgu Z mentafsir situasi ini sebagai "Tahap Pemerhatian Kelenturan Sederhana."
Saya ditugaskan untuk mengendalikan 4 orang 'client'. Keempat-empat orang 'client' ini mempunyai rekod kesalahan sosial yang agak berat. Empat personaliti berbeza, tetapi satu matlamat yang lebih kurang sama. Saya mengidentifikasikannya sebagai 'tingkah laku ke arah pemberontakan'.
Sepanjang hampir dua bulan saya di sini, saya mengasingkan diri daripada medan jurnalis siber. Matlamatnya untuk menghindari diri daripada tertangkap oleh sistem pengesanan satelit daripada pihak-pihak tertentu.
Ketika entri ini ditulis, saya mengetahui kedudukan satelit SOYUZ-TMA 15 kini berada di atas Lautan Atlantik Utara, berhampiran Brasil dan Mauritania. Dalam erti kata lain, satelit tersebut akan menghampiri Portugal tidak lama lagi dan seterusnya merapat ke Ireland dan United Kingdom. Dan sebelum itu, ia akan melalui sekitar France juga. Saya suka France kerana di situ terdapat Menara Eiffel. Saya bayangkan Gojira memusnahkan monumen tersebut, dan sudah pasti ini bakal menjadi satu perbuatan vandalisme yang paling terkenal dalam sejarah dunia.
KISAH 2 - Oleh kerana kesuntukan masa, Cikgu R menuju ke rumah salah seorang anak muridnya untuk mengatur susunan runut bunyi untuk Program Sambutan Hari P. Ini merupakan satu langkah pencegahan, di mana Cikgu R perlu memastikan setiap bunyi dan lagu yang dijadikan runut bunyi tidak akan menimbulkan kekecohan di kalangan Ustaz dan Ustazah. Pelajar yang seorang ini mempunyai Sindrom Peminat Lagu Freaky and Weirdo yang mempunyai kadar peratusan yang agak sederhana tinggi untuk mencetuskan huru-hara di kalangan guru-guru.Dalam tempoh dua bulan ini, saya sudah mengenal pasti beberapa orang generasi baru yang boleh dijadikan rakan seperjuangan. Budak-budak ini bernama Prana 3A1, Aidil 3A1, Adzem 5S1 dan Lutfheel 5S1 dan mungkin ramai lagi. Walau bagaimana pun, Adzem dan Lutfheel akan sampai tarikh luput tidak lama lagi, dan mereka akan bertukar ke jabatan baru.
Semasa Cikgu R dan pelajar memunculkan diri di rumah pelajar terbabit, kakak kepada pelajar tersebut berasa sungguh seram sejuk dan terus berlari ke tingkat atas. Tidak lama selepas itu ibu bapa pelajar tersebut pulang dan melihat Cikgu R.
"Ini Cikgu R. Cikgu baru di sekolah saya," kata pelajar yang memiliki Sindrom Peminat Lagu Freaky and Wierdo tersebut.
"Oh, Cikgu Budak-budaklah ni," ujar ibu pelajar tersebut. Cikgu R berasa gembira kerana dijamu dengan tiga botol air Vitagen. Bagus untuk kesihatan usus perut dan sistem penghadaman.
Justeru, saya menaruh harapan kepada wajah-wajah baru seperti Prana Hardinata dan Aidil untuk meneruskan legasi order baru di sini.
Nama saya Amiene Rev. Dan di sini, bakal tercetus sesuatu yang kita panggil - revolusi.











|