Ahad, Jun 07, 2009

Mengimbas Kembali... Fungsi Prana dan Sambutan Aidilfitri

Catatan Seorang Guru Matematik
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Hari itu ketika saya mengajar kelas tambahan Matematik, beberapa orang anak murid saya meminta alamat rumah untuk tujuan belajar Matematik pada waktu cuti sekolah. Oleh sebab saya telah berjanji dengan pihak yang lain, tambahan pula jemputan kahwin yang bertimbun untuk dipenuhi, maka dengan berat hati saya terpaksa melupakan hasrat saya untuk mengajar budak-budak ini.

Namun sehingga ke hari ini, saya masih berasa kesal dan tidak puas hati kerana tidak dapat memenuhi hasrat budak-budak yang mahu belajar Matematik tersebut. Saya paling suka pelajar yang mempunyai minat untuk belajar. Malah saya sanggup mengorbankan ratusan ringgit, berpenat lelah dan kadangkala mengikat perut menahan lapar semata-mata untuk mengajar pelajar-pelajar yang memiliki minat belajar seperti ini.

Justeru, walaupun ketika ini saya sedang bercuti, hati saya tidak tenteram. Wajah pelajar-pelajar ini bermain-main dalam ingatan. Setiap hari saya memikirkan apa kelemahan mereka dalam subjek Matematik, yang perlu saya bantu, perbaiki dan pertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka.

"Saya lemah dalam Matematik."

"Saya perlu lebih tumpuan dalam subjek Matematik."

"Apabila cikgu mengajar seperti ini, barulah saya faham."

Kata-kata di atas terngiang-ngiang dalam ingatan saya. Walaupun ketika ini saya sedang bercuti, hati saya memberontak mahu pulang semula ke sana untuk mengajar mereka. Saya tidak tenteram di sini. Saya tidak tenang di sini. Saya rasa ada hasrat yang tidak saya penuhi. Saya rasa ada perkara yang tidak selesai. Saya terfikir untuk menamatkan cuti dalam pulang ke sana untuk mengajar mereka.
Di dalam udara terdapat sejenis zat yang dikenali sebagai prana. Prana ini dihirup semasa proses meditasi dan dialirkan ke seluruh badan. Prana ini dalam bahasa Indonesia dipanggil juga sebagai zat asam. Ia merupakan sumber tenaga ajaib yang dapat memotivasikan manusia dan menguatkan sel-sel di dalam badan manusia. Ia juga boleh digunakan sebagai perubatan secara paranormal atau psikik, dan membantu menguatkan aura.

Sementara itu Aidil Fitri berasal daripada perkataan Arab, iaitu 'Eid' yang bermaksud festival atau sambutan, manakala 'Fitri' berasal daripada perkataan Arab iaitu 'Fitr' atau 'Fitrah'. Aidil Fitri juga dikenali dengan nama Hari Raya Puasa.

Semasa manusia berpuasa, kuasa minda akan bertambah. Orang dahulu kala bertapa untuk mendapat tenaga dalaman atau kuasa cakra yang luar biasa. Puasa, tenaga dalaman dan prana merupakan perkara yang berkaitan. Semuanya berkaitan dengan motivasi.

Apabila ada pelajar yang berminat dan bersemangat untuk belajar, maka seorang guru pun akan lebih bermotivasi untuk mengajar.