Mendidik Genius Terbilang
Apabila membaca kembali catatan saya yang terdahulu, saya mengetahui mengenai kewujudan genius, dan bagaimana cara untuk mengesan genius tersebut. Saban minggu, pasti ada ibu bapa yang menelefon saya untuk menawarkan saya untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi genius. Jawapan saya cuma satu, anak mereka, anak anda atau anak saya, sememangnya adalah seorang genius. Masalahnya, berapa ramai ibu bapa yang benar-benar berusaha untuk mengenali personaliti genius dalam diri anak mereka? Saya meneruskan kajian saya dalam bidang psikologi pendidikan, mengesan ciri-ciri unik seorang genius untuk disampelkan sebagai koleksi pra-syarat untuk mengenali personaliti genius. Ketika itu, saya sedar, Las Vegas terlalu luas untuk saya.
Saya rasa saya perlu pergi berkhemah di sekitar Montana atau mungkin juga di RV Park. Kansas juga sebuah tempat yang menarik. Di sana terdapat 'kriptonit' yang bersinar-sinar dengan cahaya hijau. Saya mahu mencarinya. Saya mahu membentuknya menjadi perwira bangsa.Catatan Seorang Guru Matematik 3 - PH dan AD
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Antara subjek-subjek yang saya kaji. PH dan AD merupakan subjek paling istimewa. Sebenarnya, semua subjek yang saya kaji adalah istimewa. Namun PH dan AD bagaikan dua adik-beradik yang mengubah hidup saya.
Saya masih ingat pada suatu masa dahulu, jika ditakdirkan saya lambat berkahwin atau memiliki anak, saya berniat untuk mengambil kanak-kanak kecil sebagai anak angkat saya untuk dilatih supaya menjadi manusia mampu menggunakan bakatnya pada tahap maksimum. Hasrat ini tidak pernah padam. Kini, saya melihat PH dan AD sebagai alternatif terhadap niat tersebut. PH dan AD saya anggap sebagai anak kandung saya.
PH diserang penyakit kesejukan baru-baru ini. Barangkali kerana dia terlalu didedahkan terhadap cuaca sejuk. Atau mungkin kata-kata saya berkenaan 'frost bite' atau kesan 'sejuk melampau' yang boleh merosakkan sel-sel tisu badan telah menjadi kenyataan. Disebabkan penyakit kesejukan ini, PH ketinggalan beberapa jam untuk memahirkan diri dalam bidang intelektual. Hal ini menyedihkan saya.
Setiap kali saya melihat kertas latihan PH di atas meja, saya akan berasa sedih. Mendidik atau mengajar anak-anak tentang ilmu pelajaran adalah 'passion' atau sesuatu yang amat bermakna dalam hidup saya. Apabila saya tidak dapat mengajar PH kerana adanya halangan-halangan tertentu maka saya akan berasa sedih.
PH tidak hadir ke pusat janaan intelektual hari ini kerana masalah kesejukan dan kering tekak. Hati saya berdebar-debar. Jika PH jatuh sakit, maka PH akan ketinggalan dalam pelajarannya. Boleh dikatakan sepanjang masa, saya memikirkan mengenai hal ini. Hal PH. PH adalah klon saya. Bagaikan sebahagian daripada diri saya. Apabila PH sakit, maka saya pun akan terasa sakit. Wow!
AD merupakan seorang pelajar berbakat. Beliau memiliki sedikit masalah dalam pergaulan. Barangkali pengalamannya belajar seorang diri dalam keadaan di mana terlalu ramai bangsa asing seperti Negro Putih dan sebagainya di dalam kelasnya menyebabkan beliau tersisih. AD memiliki sedikit masalah untuk bergaul, tetapi AD mempunyai bakat dan potensi yang boleh diserlahkan lagi.
Setiap orang memiliki kekurangan. Jika PH yang memiliki masalah berat badan dan masalah dalam bidang logik Matematik, AD pula memiliki masalah dalam pergaulan. Kawan-kawan baik AD selain PH barangkali adalah boleh dibilang dengan jari.
Namun begitu, dalam diri AD terpendam satu personaliti matang dan bijaksana yang hanya boleh dilihat menerusi penulisannya. AD berbakat dalam penulisan. Saya mahu AD sedar akan fakta ini. Sebelum ini AD ada menunjukkan minat untuk menulis blog, ketika itu saya rasa sangat gembira. Permulaan jurnal yang ditulis AD dalam blognya menarik hati saya. Saya berharap AD akan terus mengasah bakat penulisannya.
AD dan PH pada masa ini, adalah dua perkara paling penting dalam hidup saya. Seperti Sasuke dan Naruto yang menjadi aset yang penting buat Jiraiya, Kakashi dan lain-lain.












|