BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Jun 04, 2009

Eksperimen Klon dan Kacuk - Kembali Ke Makmal Genetik Bioteknologi

Kira-kira dua bulan yang lalu, saya menjalankan eksperimen menghasilkan baka-baka baru sejenis organisma bumi daripada pelbagai genetik. Eksperimen tersebut membuahkan hasil, di mana setelah dua bulan berlalu, saya berjaya menghasilkan berpuluh-puluh baka baru.

Namun, selepas itu saya terpaksa meninggalkan makmal kajian saya kerana saya harus berpindah ke sebuah tempat yang baru. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya, satu kebocoran telah berlaku.
The Gremlins - meloloskan diri menerusi saluran paip dan menjadi mangsa haiwan-haiwan berkaki dua yang mengawasi di luar kawasan makmal kajian tersebut. Dalam tempoh tersebut cuma baka versi A dan B sahaja yang berjaya dikutip semula, dan diselamatkan. Kejadian ini berlaku beberapa minggu selepas pemergian saya.

Memandangkan hal ini boleh dianggap serius, saya perlu melabel semula organisma-organisma baru ini sebaik-baik sahaja saya kembali ke makmal tersebut. Kali ini saya perlu mencari induk baru yang dikenali sebagai Sparkling Red dan Tremendous Volcano untuk mencipta susunan genetik baru berdasarkan sumber sedia ada.

Nasib baik, The Silky Yellow masih hidup dan kini saiznya dua kali ganda saiz terdahulu. The Silky Yellow adalah induk jantan yang lasak dan paling bersifat tenang berbanding induk-induk lain yang lebih agresif dan bersikap dominan terhadap baka-baka lain.

Anak-anak The Silky Yellow sebanyak dua puluh ekor kini berkeliaran di dalam kawasan kajian dengan warna baru yang saya panggil Frozen Gold. Berkemungkinan besar saya perlu masuk semula ke Lembah Amazon pada masa akan datang untuk menjejak spesies yang jarang-jarang ditemui ini.

Pagi tadi saya menyiapkan tiga sangkar baru untuk menyimpan The Silky Yellow dan dua baka induk baru yang akan cuba saya dapatkan tidak lama lagi. Masa yang saya ada di sini adalah terhad, disebabkan saya perlu kembali ke "The Relocation" menjelang penghujung minggu ini. Mengikut hasrat saya, menempah tiket kapal terbang adalah lebih baik dan pantas. Kemungkinan saya akan membawa tiga ekor yang terbaik termasuk The Silky Yellow untuk proses penghasilan baka baru di "The Relocation".
Satu-satu caranya untuk mendapatkan pancaran satelit dari "The Relocation" adalah dengan memerhatikan peredaran satelit-satelit di angkasa. Jika tidak, saya terpaksa meninggalkan dunia internet untuk tempoh yang agak lama biarpun hakikatnya tempat tersebut merupakan sebuah kota metropolitan di tepi pantai.

"The Risk" yang bakal menghantui kehidupan setiap "The Messenger" dan "The Pusher" di kawasan itu menyebabkan semua Indigo di sekitar kawasan terbabit perlu bijak menyembunyikan gelombang ke tahap Alpha. Privasi merupakan satu kemestian, tetapi soal karier, di mana mengawasi tingkah laku manusia di kawasan tersebut merupakan perkara yang paling asas.

Saya percaya, saya tidak bersendirian. Saya percaya saya sudah mempunyai beberapa orang baru yang saya anggap penting dalam hidup saya. Di sini, saya sudah bersosial. Saya akan kembali semula ke kota metropolitan pinggiran pantai itu selepas tamat kerja-kerja penghasilan genetik baru di sini. Kerosakan minor tetapi kesan sampingan major. Ini satu bencana.

Mungkin saya patut cuba ke Las Vegas. Tanpa motif yang wajar. Kuarantin. H1N1.