Bercerita Secara Rawak - Cabaran dan Peluang Dalam Keutamaan Hidup
Setiap tahun, manusia akan melalui cabaran hidup dan dengan itu pengalaman manusia akan sentiasa bertambah. Saya melihat keutamaan dalam hidup ini. Menerusi keutamaan itu, saya melihat faktor-faktor yang antaranya boleh disebut sebagai cabaran, dan juga peluang. Cabaran, kerana adanya permasalahan yang perlu diselesaikan atau sekurang-kurangnya, dikurangkan. Peluang, kerana ada faktor-faktor yang bukan sahaja mendorong lebih banyak kebaikan bagi keutamaan yang ditetapkan, malah mampu membantu meningkatkan perkara-perkara lain yang bernilai positif dalam keperluan hidup.
Kedua, penyebaran wabak H1N1 sedikit-sebanyak membantut hasrat saya untuk melaksanakan urusan di luar negara. Dalam keadaan sebegini, kebanyakan urusan diselesaikan secara dalaman sahaja.
Saya meneliti perkembangan salah seorang subjek saya di sini. Salah seorang subjek menunjukkan nilai-nilai positif sejak akhir-akhir ini. Saya singkatkan sebagai AF. Jika dahulu AF tidak memikirkan kepentingan orang lain, namun kini subjek tersebut sudah mula bertingkah laku positif. AF kini mampu meluangkan masa untuk berbincang dengan orang lain, bertanyakan perkembangan dan refleksi berkaitan dirinya.
Namun begitu, subjek yang satu lagi, saya singkatkan sebagai AH. AH tidak menunjukkan tanda-tanda yang positif. Selain daripada rambutnya yang dipotong kemas, saya mendapat maklumat mengenai tingkah laku kurang normal AH di lokasi-lokasi tertentu. Subjek dilaporkan sering mengomel seorang diri, seolah-olah memaki-hamun dan memarahi individu-individu tertentu.
AH yang berusia 17 tahun, saya anggap sebagai individu yang bermasalah mental. Latar belakang keluarganya masih kabur kerana terdapat maklumat-maklumat yang bercanggah. Saya difahamkan maklumat-maklumat yang bercanggah ini membantu keluarga AH untuk mengelakkan diri daripada pengutip hutang. Keluarga AH sering berpindah-randah.
Sekitar seminggu yang lalu, saya dikejutkan dengan berita seorang staf mengenai pemergian suaminya dalam satu kemalangan jalan raya. Perlanggaran itu menyebabkan letupan akibat pergeseran antara gasolin, dan menyebabkan kematian. Minggu lepas berlangsung dalam keadaan yang kurang memberangsangkan. Kesedihan yang terpendam menular sebagai kesakitan di bahagian dada.Catatan Seorang Guru Matematik 2 - PH dan AD
Penulis: Amiene Rev (C) 2009
Hari ini bateri kereta meragam. PH tiba di rumah saya sekitar jam 8.30 pagi. Saya terpaksa berangkat ke pasar raya berdekatan untuk menukar bateri kereta. Saya sudah berjanji dengan AD dan PH, oleh itu saya tidak mahu masalah bateri kereta ini menyukarkan saya untuk menunaikan janji tersebut.
PH dan AD merupakan dua subjek yang istimewa. Bagi saya PH adalah klon saya sewaktu saya seusianya. PH memiliki banyak persamaan dengan saya pada masa dahulu. Disebabkan hal ini, apabila saya melihat PH, saya seperti sedang melihat diri saya sendiri. Nostalgia. PH lemah dalam Matematik, dan saya kini sedang mengkaji faktor-faktor yang dapat membantu meningkatkan penguasaan PH dalam Matematik.
Bateri kereta yang rosak boleh membantutkan banyak tugasan harian yang perlu saya lakukan. Walaupun dalam diam saya berasa begitu kesal kerana masalah teknikal pada kereta ini menyebabkan saya tidak dapat meluangkan masa untuk membimbing PH dalam Matematik, namun perasaan marah dan kesal itu saya sembunyikan dalam hati. Pun begitu, suhu badan saya meningkat mendadak gara-gara kemarahan terpendam ini. Hari ini satu kerugian buat saya dan PH. Medan magnetik di dalam badan saya bertindak balas dengan luar biasa. Saya mengelakkan diri daripada memandang PH semasa berbual-bual kerana tidak mahu aura kemarahan pada mata saya terpancar ke mata PH kerana ini boleh menimbulkan perasaan takut kepada PH terhadap saya. Personaliti berang dan ganas yang bersembunyi dalam diri saya tidak boleh diperlihatkan kepada sesiapa, kerana kesannya amat menakutkan.
Seperti Algojo Battohsai yang bengis, dingin dan ganas yang mengubah dirinya menjadi Kenshin Himura yang berhati lembut dan mesra. Begitulah hasrat saya. Menundukkan sifat ganas dan berang daripada bangkit menguasai diri.
Namun, dengan adanya pemandu teksi yang memberi ketenangan dengan kata-katanya, "Benda dah nak jadi. Apa boleh buat?" menyebabkan saya belajar untuk menenangkan diri.
Hari ini, saya cuma dapat meluangkan sedikit masa untuk membimbing PH. Saya memujuk hati saya berkali-kali, bahawa pasti ada masa yang lain untuk membimbing PH. Selain PH saya juga perlu membimbing SU dan ramai lagi yang saya lihat memiliki semangat untuk berjaya. Kesungguhan pelajar untuk belajar sentiasa menyentuh hati saya, namun kegagalan saya untuk mencipta ruang bagi membimbing mereka adalah dendam dan kekesalan terhadap diri saya sendiri. Saya rasa PH tentu sukar untuk melihat perasaan kesal dan marah dalam diri saya. Saya adalah jenis yang sukar untuk mempamerkan emosi sebenar. Kadangkala sukar untuk mengetahui sama ada saya sedang bersedih, marah atau gembira. Emosi tidak begitu penting untuk dipamerkan dalam keadaan-keadaan tertentu.
Malam ini saya perlu meneruskan kajian saya terhadap teknik-teknik pengajaran Matematik yang baru. Kaedah Matematik yang lebih mudah.
AD pula memiliki sifat setiakawan dan sukakan kebajikan. Hal sungguh menyentuh hati. Saya melihat AD sebagai Liu Bei dalam sejarah Kisah-Kisah Tiga Negara. Seorang pemimpin dermawan. Buat masa ini saya perlu mengkaji subjek AD dengan lebih mendalam.
AD agak kurang matang berbanding PH, tetapi sifat setiakawan yang dimilikinya adalah unik. Bagi saya AD memiliki potensi dalam bidang-bidang tertentu. Bakat penulisan? Ya. Mungkin ada beberapa kelebihan lagi, cuma saya rasa saya belum melihat dengan sepenuhnya. AD walau bagaimana pun memiliki kesedaran terhadap dirinya, dan sering membuat penilaian terhadap dirinya. Oleh itu AD memiliki potensi intrapersonal yang boleh diperkembangkan lagi. AD memiliki daya keprihatinan yang merupakan satu syarat wajib untuk menjadi pemimpin.
Saya melihat AD sebagai satu subjek yang boleh dibentuk menjadi pemimpin dari satu sudut yang berbeza. Pemimpin yang memberi sokongan kepada seorang lagi pemimpin. Seperti dalam sejarah Islam, kita melihat Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh Abu Bakar As-Siddiq.
Kedua-dua subjek ini, PH dan AD, telah saya anggap sebagai anak kandung sendiri. Saya tidak tahu bagaimana agaknya perasaan saya apabila mereka tidak ada lagi di institusi ini dua atau tiga tahun akan datang. Mungkin saya akan rasa agak sunyi. Ah, saya patut bersikap profesional dalam hal-hal seperti ini.

|