BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Februari 16, 2009

Perodua Nautica 4WD - Perodua SUV

Perodua Nautica 4WD - Nama Rasmi bagi Perodua SUV
Ulasan oleh Amiene Rev (C) 2009

Perodua Nautica 4WD merupakan nama rasmi bagi Perodua SUV. Perodua Nautica 4WD merupakan model kenderaan Perodua pacuan empat roda yang terkini. Dengan saiz kompak, dan keupayaan untuk melayari jalan-jalan dan permukaan bumi tidak rata di kawasan pedalaman, Perodua Nautica4WD merupakan satu pilihan bijak untuk para pengembara. Imej gambar foto Perodua Nautica 4WD adalah seperti berikut. Perodua Nautica adalah model pengganti bagi Perodua Kembara. Pengguna Perodua Kembara tentu berminat dengan model Perodua Nautica 4WD terbaru ini.

Perodua Nautica 4WD memiliki ketinggian 1740mm, panjang 4115mm dan lebar 1695mm. Berdasarkan model Perodua Nautica 4WD 1.5L AT 4 silinder, saiz tangki minyak ialah 50 liter, dan menggunakan sistem minyak EFI (Electronic Fuel Injection). Berikut adalah imej gambar foto pandangan sisi atau tepi Perodua Nautica 4WD. Perodua Nautica adalah contoh model kenderaan pacuan empat roda yang fleksibel untuk pelbagai tujuan. Jika anda seorang pengembara, Perodua Nautica pasti sesuai dengan imej seorang pengembara. Jika anda seorang renjer, Perodua Nautica tampil hebat dengan imej seorang renjer. Jika anda seorang ahli korporat, Perodua Nautica sangat sesuai untuk Pengarah Urusan Syarikat Perbalakan dan Rekreasi Nasional. Jika anda seorang pensyarah, Perodua Nautica menunjukkan ketinggian ilmu di dada. Jika anda seorang gadis cantik, Perodua Nautica akan menjadikan anda seperti seorang puteri yang ditemani bahtera layang sakti. Jika anda memandu Perodua Nautica, merentasi dataran tanah tinggi di Tibet, anda umpama jaguh penakluk budaya yang terhebat. Ah, nampaknya Perodua Nautica terlalu mempersonakan sehingga saya ingin menulis seakan-akan bait puisi dan kiasan untuk Perodua Nautica.

Transmisi adalah gear automatik (Gear 1: 2.731, Gear 2: 1.526, Gear 3: 1.000, Gear 4: 0.696, Gear Reverse: 2.29 dan Final Gear Ratio: 5.571). Berikut adalah imej gambar foto pandangan depan dan imej gambar foto pandangan belakang Perodua Nautica 4WD. Perodua Nautica 4WD 1.5L AT dilengkapi dengan beg udara SRS berkembar, ABS dan EBD, penggera keselamatan dan kunci berpusat, kunci keselamatan kanak-kanak dan kunci stering. Perodua Nautica serba lengkap dengan ciri-ciri keselamatan. Mungkin Perodua Nautica tidak setanding dengan kereta Cadillac One milik Presiden Amerika Syarikat iaitu Obama, namun kelibat Perodua Nautica mampu menghadirkan rasa kehebatan seorang pemimpin kepada pemandunya.

Perodua Nautica 4WD pada masa ini didatangi dengan warna Medallion Grey S33 dan Majestic Black X07. Imej gambar Perodua Nautica di atas adalah model Perodua Nautica berwarna hitam - Majestic Black X07, salah satu daripada dua warna rasmi bagi Perodua Nautica. Sekiranya semasa anda memandu Perodua Nautica, dan anda melihat sekumpulan biri-biri di tengah jalan raya, anda boleh membantu Perodua Nautica merentasi tepian jalan raya, untuk meneruskan perjalanan tanpa menunggu biri-biri berlari-lari ke tepi jalan. Perodua Nautica memberikan pandangan yang lebih luas buat anda semua. Perodua Nautica yang berwarna hitam umpama kereta kuda seorang kesatria hitam yang gagah berani merentasi cabaran dan rintangan. Perodua Nautica adalah satu model kenderaan pacuan empat roda keluaran Perodua yang sungguh memikat hati.

Dari imej gambar foto pandangan belakang Perodua Nautica ini, kita dapat lihat terdapat sebuah tayar gantian Perodua Nautica untuk tujuan kecemasan seperti kebanyakan kenderaan pacuan empat roda yang lain. Dari imej gambar foto pandangan hadapan Perodua Nautica ini pula, kita dapat lihat betapa saiz kereta Perodua Nautica yang kompak memudahkan pengguna Perodua Nautica untuk mencari tempat letak kereta dengan mudah. Sungguh hebat Perodua Nautica ini, kawan-kawan. Perodua Nautica idamanku. Perodua Nautica meluncur laju. Perodua Nautica mengembara di utara dan di selatan, di barat dan di timur, mencari kemegahan di jalanan. Perodua Nautica penerus legasi Perodua Kembara yang kian hilang dari pandangan mata kita semua .

Perodua Nautica - Kerana pacuan empat roda tidak seharusnya sukar dikendalikan dan tidak seharusnya mengambil ruang yang luas. Perodua Nautica - Kerana pacuan empat roda tidak seharusnya menjejaskan penampilan dan tidak seharusnya membebankan perbelanjaan. Perodua Nautica - Kerana pacuan empat roda tidak seharusnya membataskan pemanduan. Pilihan ideal, pacuan empat roda, Perodua Nautica 4WD.

Laman Web Rasmi Perodua Nautica:
http://www.perodua.com.my/nautica/main.html