BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Disember 31, 2008

Tingkatan 4 - Aliran Sains Tulen Agama

Selepas meneliti keputusan PMR anda, apakah bidang yang paling sesuai untuk diambil ke tingkatan 4. Semua bidang mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing. Namun ada pelajar dan ibu bapa pelajar yang membuat kesilapan besar. Mereka fikir Sains Tulen adalah bidang untuk pelajar paling bijak. Pendapat ini naif, jahil dan penggelap masa depan pelajar tersebut. Sebenarnya setiap bidang pengajian di Tingkatan 4 menjurus kepada kebolehan pelajar dalam satu-satu bidang kerjaya. Menerusi blog Duke Amiene Rev ini, saya ingin menyatakan pandangan saya mengenai bidang-bidang pengajian peringkat SPM yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar lepasan PMR yang ingin masuk ke Tingkatan 4.

Subjek-subjek Aliran Sains Tulen Agama

  • Additional Mathematics / Matematik Tambahan
  • Physics / Fizik
  • Chemistry / Kimia
  • Biology / Biologi
  • English for Science and Technology
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
  • Bahasa Arab Tinggi
Adakah anda sesuai dengan aliran ini? Sila rujuk:
Keputusan PMR 2008 dan Panduan Pemilihan Bidang Pengajian Di Tingkatan 4