BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Disember 10, 2008

Sinopsis Filem Cicakman 2 - Planet Hitam

Sinopsis Cicakman 2 - Planet Hitam
Susunan Sinopsis oleh Amiene Rev

SINOPSIS: Cicakman (lakonan Saiful Apek) hanya mempunyai tempoh 3 hari (72 jam) sahaja untuk menyelamatkan bekalan air di muka bumi daripada dihitamkan oleh Professor Klon (lakonan Aznil Nawawi). Rancangan Planet Hitam yang diwujudkan oleh Professor Klon yang gila kuasa ini merupakan salah satu daripada usahanya untuk menawan kerusi Presiden Metrofulus.


Sementara itu, Ginger Boys yang telah mati kini kembali semula sebagai Ginger Ghosts (lakonan Adlin Aman Ramlie dan AC Mizal), menjadi lebih kuat dan berkuasa dan mula memburu Cicakman.

Sementara itu, Profesor Klon telah mengupah seorang pembunuh upahan handalan yang dikenali sebagai Rrama (lakonan Tamara Blesynski dari Indonesia). Rrama adalah seorang pembunuh yang misteri, dan sering menjadikan setiap tugasan membunuh sebagai satu karya seni membunuh yang unik.

Cicakman tidak bersendirian untuk menghadapi musuh-musuh yang semakin kuat ini. Kawan baik Cicakman iaitu Danny (Yusry Abdul Halim) dan seorang pakar feng shui yang berkuasa luar biasa (Louisa Chong), serta pihak-pihak lain yang tidak diduga muncul untuk membantu Cicakman.

Cabaran untuk Cicakman bukan sahaja setakat berlawan dan menewaskan musuh. Selain usaha-usaha untuk menyelamatkan bumi, Cicakman juga dilanda konflik peribadi dalam menangani kekeliruan persepsi orang lain terhadap dirinya dengan Hairi sebagai Cicakman. Tania yang sebelum ini menganggap Cicakman sebagai Danny, terus berusaha untuk mencari identiti sebenar Cicakman. Cicakman juga berada dalam dilema, sama ada menyelamatkan Iman (lakonan Sharifah Amani), adik perempuan Danny yang buta atau mengorbankan dirinya.

Pengarah:
Yusry Abdul Halim

Syarikat penerbitan:
KRU Studios

Lakon layar:
Yusry Abdul Halim

Skrip:
Yusry Abdul Halim
Meor Shariman


Para Pelakon

Watak utama:
Saiful Apek sebagai Cicak-Man
Fasha Sandha sebagai Tania
Aznil Nawawi sebagai Profesor Klon
Tamara Bleszynski sebagai Rrama

Watak pembantu
Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger Ghost 1
AC Mizal sebagai Ginger Ghost 2
Sharifah Amani sebagai Iman
Louisa Chong sebagai Miss Cheef
Linda Onn sebagai Amarr
Yusry Abdul Halim sebagai Danny

Muzik
Edry Abdul Halim

Kesan bunyi
Mohd Mohsin

Sinematografi
Mohd Filus


Runut bunyi - Soundtrack Cicakman 2 - Planet Hitam
Dafi - Lemah
Pianka - Mau Yang Besar
Tyco - Planet Hitam
Edry Abdul Halim - Sumpah Takkan Cari Yang Lain
Anita Sarawak - Ular
Flava - Berhenti Mencinta
Adam - Jika Tak Kerna Kamu
Yusry Abdul Halim & Melly Goeslaw - Dibius Cinta