BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Disember 27, 2008

Rubik's Cube Solver - Penyelesaian Kiub Rubik

Rubik's Cube Solver - How to Solve Rubik Cube?
Penyelesaian Kiub Rubik - Langkah demi langkah dengan panduan berkomputer

Kiub Rubik atau bongkah rubik yang memiliki 6 permukaan berlainan warna dan 9 petak kecil pada setiap muka merupakan permainan yang mencabar kebolehan minda bagi kebanyakan orang.

Siapakah pencipta Rubik Cube? Ada orang menyebutnya sebagai Rubric atau Rubrik. Sebutan yang sebenar ialah Rubik. Ernő Rubik adalah seorang profesor dalam bidang arkitek, telah mencipta permainan ini pada tahun 1974. Permainan ini telah dilesenkan kepada Ideal Toys pada 1980. Sekitar 2005, sekurang-kurangnya 300,000,000 kiub Rubik telah dijual di seluruh dunia.

Terdapat beberapa jenis kiub Rubik seperti V-Cube 7, Professor's Cube, V-Cube 6, Pocket Cube, original Rubik's Cube, Rubik's Revenge. Kiub Poket atau Pocket Cube memiliki dimensi 2x2x2 atau 4 petak kecil bagi satu muka. Semakin banyak petak kecil yang terbahagi pada satu-satu muka kiub Rubik, maka semakin mencabarlah usaha-usaha untuk menyelesaikannya.

Namun, saya menemui satu laman web khusus untuk menyelesaikan masalah kiub Rubik. Laman web yang dikenali dengan nama Wrongway.org telah menyediakan penyelesaian berkomputer untuk masalah kiub Rubik. Ia dikenali sebagai Rubik's Cube Solver, ciptaan Eric Dietz.

Untuk melayari laman web tersebut sila ke: http://www.wrongway.org/cube/solve.html