BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, November 16, 2008

SOLD OUT! Yes! Sendiri Tulis Sendiri Jual!

Orang kata, cabaran mengajar kita seni untuk berjaya. Itu betul. Orang kata, kesusahan itu satu bentuk pendidikan untuk melahirkan tokoh-tokoh berjaya. Itu juga betul. Kadangkala kita menerima banyak syarat, banyak kekangan, banyak rintangan dan banyak pula itu dan ini, maka kenapa kita tidak berusaha sendiri?
Kejayaan boleh diraih kalau kita betul-betul mahu. Cuma pengorbanannya ialah masa. Kita akan berkorban dari segi masa. Tapi, di dunia ini adakah duit itu perkara paling penting. Kejar duit jangan sampai mati. Ada batasnya untuk berhenti.