BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, November 29, 2008

Misteri Musang Pulut dan Ibu Duit Di Dalam Poket Seluar

Aku berasa agak misteri. Boleh dikatakan setiap hari, aku menemui wang kertas lima ringgit dan satu ringgit di dalam poket seluarku. Aku ingat aku terlupa lalu aku simpan duit itu di dalam dompet. Esoknya aku terasa ada suatu di dalam poket seluar aku. Eh, ada duit kertas lagi. Perkara ini berlarutan selama beberapa minggu. Aku langsung tidak menggunakan duit tersebut kerana aku rasa duit ini sungguh menyeramkan.

Aku rasa perkara ini ada kaitan dengan atap bumbung rumahku yang terbuka tempoh hari. Orang kata sebab bumbung menggelembung sebab cuaca terlalu panas. Bumbung rumah di bahagian bilikku terbuka seolah-olah dikopak orang. Mustahil itu perbuatan musang pulut yang sememangnya sentiasa ada di atas bumbungku. Namun, sejak bumbung tersebut terbuka, cuaca di dalam bilikku tidak lagi sepanas dulu pada waktu siang.

Menurut ayahku, orang yang diupah untuk memasang bumbung rumah terlupa untuk memasang aluminium foil untuk menebat haba, maka sebab itu bilik ini sentiasa panas pada waktu siang, apabila cahaya matahari terpancar ke atap rumah.

Kisah musang pulut yang menari-nari di atas bumbung rumah aku ini memang perkara biasa sejak dahulu lagi. Aku sudah lali dengan bunyi benda berjalan atau berlari di atas bumbung pada waktu malam. Kadang-kadang seperti hendak runtuh atap di bahagian atas rumah ini.