BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Oktober 20, 2008

Nescafé Kick-Start - Pemenang Dapat Modal Beribu-Ribu Ringgit

Nescafé Kick-Start ialah sebuah rancangan realiti Malaysia yang bertujuan mencari bakat baru serta menggalakkan golongan muda untuk mencapai bidang kerjaya atau pekerjaan impian mereka. Juara keseluruhan setiap musim ditentukan melalui campuran penilaian juri dan undian penonton. Rancangan ini sudah berlangsung selama empat musim sejak tahun 2004.

Musim pertama (2004-2005)

Rancangan Nescafé Kick-Start dilancarkan di 8TV (dengan kerjasama TV3) dan menyaksikan enam belas peserta yang layak ke pertandingan dibahagi kepada empat kumpulan, di mana hanya seorang daripada setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya melalui penilaian juri dan undian penonton. Selepas selesainya pusingan ini, siaran rancangan ini direhatkan selama sebulan untuk memberi laluan kepada rakaman pengembaraan keempat-empat finalis.

Aidan Aquinas Chew Ker-Sih dinobatkan sebagai juara musim pertama kerana ideanya yang merupakan EZY-AID, sistem yang membantu pemandu mencari ruang meletak kereta dengan lebih cepat, mudah, dan menjimat masa, sekaligus merangkul hadiah tunai RM180,000 sebagai modal untuk melancarkan syarikat beliau iaitu Vigilant Systems.


Musim kedua (2005-2006)

Mulai musim ini, Kick-Start beralih ke TV3 sebagai penyiar utama. Formatnya berbeza daripada musim pertama; kali ini 12 orang peserta disingkirkan satu demi satu melalui penilaian juri sehingga tinggal empat orang finalis untuk diundi oleh para penonton.

Francis Yong Fah Guok, seorang pelajar Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, menjadi juara musim ini dengan idea program ganjaran kitar semula di sekolah, diikuti olehi Hayati Mohd Ehsan selaku naib juara untuk idea pembangunan "manga Malaysia."


Musim ketiga (2006-07)

Oh Joo Nee menjadi juara wanita pertama dalam sejarah rancangan ini dengan idea membuka studio tarian sendiri. Studio itu dinamakan "Let's Dance" dan terletak di Pulau Pinang.


Musim keempat (2008)

Noor Hazmy bin Mohd Noor (aka "Laloque"), seorang pelajar bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Multimedia Melaka, merangkul hadiah utama RM150,000 untuk merealisasikan cita-cita beliau membuka sebuah pusat permainan paintball tertutup.