BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Julai 13, 2008

Setiap Gambar Ada Cerita - Siri 3

Photo Received Via Forwarded E-mail.
Original Story By Amiene Rev (C) 2008.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata.

Isu kenaikan minyak telah membimbangkan Puan Meri. Puan Meri pun duduk berfikir. Kemudian dia mendapat satu idea yang bernas.

"Aku akan jual bahagian depan kereta ini, dan termasuk dengan enjinnya sekali sebagai besi buruk atau 'spare part' untuk mendapatkan duit. Kemudian aku akan menggunakan Klak Gabel, kuda kesayanganku itu sebagai enjin organik." Puan Meri tersenyum.

Kereta Puan Meri kini sudah berubah menjadi pedati dan menjadi salah satu tarikan utama di Bandar Oilitik. Tidak berapa lama kemudian, idea Puan Meri turut ditiru oleh beberapa orang penduduk yang lain.

Fenomena Kereta Pedati Puan Meri merebak dengan pantasnya di seluruh dunia. Puan Meri mempatenkan rekaannya itu dan sesiapa yang menggunakan ideanya perlu membayar royalti kepadanya.

Puan Meri telah berjaya mengatasi masalah kewangannya. Kenaikan harga minyak bukan lagi satu halangan tetapi merupakan punca kekayaan baru bagi Puan Meri.