BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, Julai 03, 2008

Proton MPV atau Proton Persona? Gambar Sebenar?

Saya masih berkira-kira mahu beli Proton Persona atau Proton MPV pada tahun hadapan. Saya mengetahui kewujudan Proton MPV menerusi internet lalu saya mencari imej foto dan gambarnya. Sebenarnya, saya juga sudah mula terpikat dengan model Proton Persona. Abang ipar saya terlibat dalam penjualan kereta-kereta Proton, maka dengan ini mudahlah kiranya saya mahu mendapatkan model terbaik, kaedah pembayaran terbaik dan perkhidmatan terbaik menerusi pembelian kereta Proton.

Sebelum ini saya juga menyukai Perodua Myvi, Peugeot 307, Satria Neo dan seumpamanya. Savvy juga satu pilihan yang baik bagi saya, tetapi pada masa ini, saya lebih mengutamakan enjin kecil, model 1.3 yang ekonomik. Dipadankan dengan minyak hijau MyGreenOil, maka belanjawan bulanan akan lebih melegakan jiwa.

Pun begitu, saya paling menyukai model kereta yang menggunakan enjin air atau hidrogen. Masalah utama dalam rekaan enjin berasaskan air ialah ketumpatan air yang lebih padat (berat) dan kadar penyejatan air yang lebih tinggi. Satu cara untuk mengatasi masalah rekaan tangki air untuk model kereta berenjin air ialah menggunakan fungsi seakan-akan termos air, tetapi bahan yang tidak mudah pecah, tahan panas, tahan hentakan dan gegaran. Cantuman silika, karbon dan bahan-bahan tertentu yang lasak akan membolehkan kereta yang menggunakan enjin air dikomersialkan.

Minyak hijau, yang berasaskan tumbuh-tumbuhan merupakan alternatif mesra alam yang sedang dalam perhatian saya. Revolusi enjin kereta perlu bergerak pantas. Proton, Perodua atau mana-mana pengeluar model kereta tempatan perlu memantapkan lagi gerak kerja mengkaji teknologi enjin berasaskan sumber bahan api alternatif - air, hidrogen dan suria ini.