BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Mei 18, 2008

Rantai Kunci MSJBOX - KeyChain

Gambar dari msjbox.com

Hari ini saya tidak ada apa-apa yang hendak ditulis di blog ini, maka saya berminat untuk mempromosikan keychain Msjbox. Dua keping gambar di dalam blog ini menunjukkan rantai kunci yang dikeluarkan oleh pihak Msjbox. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rantai kunci ini bolehlah berbuat demikian dengan mengunjungi laman web berikut:

Gambar dari 5sal13.blogspot.com

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah kegunaan keychain atau rantai kunci Msjbox ini? Apakah pula Msjbox? Sebenarnya Msjbox adalah satu fungsi interaksi seperti shout box atau message box yang digunakan secara meluas di kebanyakan laman blog dan laman web. Istimewanya, rantai kunci ini mewakili kotak laung atau kotak jerit yang dicipta oleh rakyat Malaysia, iaitu Msjbox.

Dalam erti kata lain, selain Geng Jurnal, Msjbox juga boleh dikatakan suatu persatuan Blogger tetapi lebih khusus kepada kesatuan berpusatkan kotak mesej. Sesiapa memiliki Msjbox, menggunakan Msjbox, maka dia adalah ahli kepada Msjbox.
Anda berminat menggunakan Msjbox? Boleh pergi ke laman msjbox.com untuk maklumat lanjut.

Itu dia. Jadi sesiapa yang memiliki Msjbox atau berminat untuk mendapatkan rantai kunci Msjbox - Mesej untuk blog anda ini, silakan. Rantai kunci ini juga merupakan identiti keahlian bagi seorang blogger. Kuasa seorang blogger bisa mengubah dunia! Yeah!

Kunjungi laman web Msjbox.com di
my.msjbox.com.