BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Mei 27, 2008

Free E-Zine: Bakal Terbit Majalah Digital Amiene Rev

e-Majalah ini adalah percuma - This e-zine is free

Pengenalan E-Majalah Amiene Rev - Satu Bentuk Sokongan Moral
E-Zine (majalah dalam bentuk digital) Amiene Rev akan diterbitkan pada masa akan datang. Tujuan penerbitan e-zine yang akan diedarkan secara percuma ini adalah untuk memberi peluang kepada sesiapa pun untuk merasai pengalaman bagaimana rasanya apabila karya sendiri diterbitkan di dalam majalah. Hal ini akan membantu menghilangkan perasaan takut dan tidak yakin di dalam diri pengkarya mengenai keupayaan karyanya untuk diterbitkan, dan semoga penerbitan e-zine ini akan menjadi titik permulaan yang baik-baik untuk meramaikan lagi pengkarya yang menjulang Bahasa Melayu di Malaysia.


Jenis-jenis Karya yang Diterima - Memartabatkan Bahasa Bangsa:
Memartabatkan Bahasa Bangsa di sini tidak bermaksud cuma karya yang bertema memartabat Bahasa Melayu sahaja diterima. Tema karya yang dihantar adalah bebas, sama ada berunsur pendidikan, agama, sosial, budaya, hiburan dan sebagainya.

E-Zine Amiene Rev menerima semua jenis karya yang boleh diterbit dan dimuatkan dalam paparan bersaiz 750x750 (pixel) persegi. Sama ada lukisan, kartun, puisi, gurindam, karangan, esei, luahan rasa, cerita jenaka, ulasan buku, ulasan novel, ulasan filem dan apa-apa sahaja jenis karya ringan yang menggunakan Bahasa Melayu dengan struktur ejaan yang betul.

Karya yang diterbitkan mestilah karya asli yang dihasilkan oleh pengkarya. Hak milik karya adalah kekal milik pengkarya. Pengkarya boleh menyiarkan kembali karya sendiri yang diterbitkan dalam E-Zine Amiene Rev ke mana-mana penerbitan lain sekiranya ada penerbit-penerbit tertentu yang berminat dengan karya pengkarya.

Cara-cara mengirimkan karya kepada penerbit E-Majalah Amiene Rev:
Anda juga boleh menjadi pengkarya. Sesiapa yang berminat untuk menghantar karya ke E-Zine Amiene Rev yang akan diterbit dan diedarkan secara percuma, anda bolehlah mengirimkan ke alamat e-mel seperti berikut:
Anda sebagai pengkarya perlu menyediakan maklumat berikut semasa menghantar e-mel:
  1. Nama penuh dan nama pena (sekiranya tidak mahu menyiarkan nama penuh)
  2. Alamat tempat tinggal/surat menyurat semasa
  3. Alamat e-mel yang boleh dihubungi
Semoga maklumat di atas membantu mempermudahkan mana-mana penerbit atau pihak-pihak tertentu (mungkin peminat karya anda) untuk menghubungi anda.