BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Januari 20, 2008

Gadis Jepun Yang Aneh

NOTA: Saya sedang berlatih Berbahasa Inggeris, oleh itu entri kali ini mengandungi rojak asing.

Ketika itu, aku sedang menjamu makan tengah hari di sebuah kafe di universiti. Suasana seperti biasa, bising dan agak bingit dengan dialog pelajar warga asing yang suka memenuhi ruang tersebut.

Seorang gadis Jepun tiba-tiba duduk di hadapanku. Aku melihat dia menggunakan bekas polisterin. Kenapa dia tidak menggunakan cawan? Ini boleh mendatangkan rasa pelik, fikirku. Lalu bermulalah latihan Berbahasa Inggerisku.

Sawadee... kap. Your face look blur.

Yes? I really mean it. You are a blur, but it is okay since you're quite pretty and tall. I can imagine you as Angelina Jolie.

I wonder why, you're using polystyrene while you're not order and take away your meal?

Kemudian gadis Jepun itu meneguk sebotol air minum dar sebuah bekas plastik yang kalis bakteria. Kemudian, dia mencapai seketul sayap ayam panggang dengan tangan dan mengunyahnya dengan lahapnya. Dia menghabiskan sepasang sayap ayam panggang dengan begitu cepat! Dia tidak menggunakan garfu dan sudu yang diambilnya sebelum ini. Sekali lagi, ini boleh mendatangkan rasa pelik.

Err, Miss. Can I ask you something? I think, you're really unique. You took a polystyrene but you didn't take away. You took the spoon but you use your hand to eat those wings.

You must be an alien, or is it somehow a way of showing rebel? Yea, youngster always rebels.

Do you know? When you burn the polystyrene, it is not good for our environment. For our ozone layers. I use the banana leaf only, and it some how can be easily absorbed to the ground when I burn it. It is an organic, not synthetic.

Aku terus menghabiskan juadah di hadapanku. Sebungkus nasi lemak daun pisang, dan kuih-kuih kenit. Dan, aku tidak tahu apakah yang akan berlaku sekiranya aku betul-betul mengucapkan segala perkataan yang aku taip di atas kepada gadis Jepun itu.

Maka tamat sudah sesi berlatih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris untuk hari itu.