BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, September 09, 2007

Demo Novel Game - Adam Budak Jujur

Bab 1: Peristiwa Di Perhentian Bas

Pagi itu Adam bangun awal ke sekolah. Selepas bersarapan pagi, Adam pun pergi menunggu bas di sekolah. Jalan raya kelihatan begitu sibuk dengan pelbagai kereta dan motosikal

Semasa sedang menunggu bas, Adam terlihat seorang mak cik sedang berjalan ke perhentian bas. Dia berjalan terlalu hampir dengan longkang. Tiba-tiba mak cik hilang keseimbangan badan lalu terjatuh. Barang-barangnya ada yang terjatuh ke dalam longkang. Mak cik itu mengeluh sendirian.

Pada masa yang sama bas sekolah muncul. Beberapa orang murid terus menaiki bas.

PPB1A. Adam pergi membantu mak cik itu mengutip barang-barangnya. Dia kasihan melihat mak cik tersebut.

PPP1B. Adam menaiki bas. Dia takut tertinggal bas dan lambat ke sekolah. Lagi pun dia berpendapat, mak cik itu boleh mengutip barang-barangnya sendiri.