BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, September 05, 2007

Akhirnya Pencarian Ini Sudah Berakhir... Barangkali

Ini pula, barangkali satu lagi penamatan. Sudah hampir 5 tahun kisah ini berlalu. Aku akhirnya mendapat tahu, dia kini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya, menjadi seorang doktor. Faculty of Medicine and Dentistry, University of Padjadjaran.

Sebuah kisah, satu tragedi, penderitaan, pencarian dan kekesalan pada masa silam. Kali ini aku bercakap mengenai seorang saudara. Tarikh lahirnya jatuh pada bulan September 1988. Hari lahirnya aku rahsiakan, biarpun aku sentiasa mengingati digit-digit genap itu.

Fakulti Kedoktoran Gigi. Universiti Padjadjaran.

Sebuah keluarga. Ah, biarkan kenangan itu berlalu. Aku, tidak perlu lagi menoleh ke belakang mengingati tragedi masa silam. Aku kini adalah milik keluarga yang satu ini.

Aku akan terus memburu kejayaan! Tragedi... biarkan berlalu.

Semua manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kadangkala, kita menjadi mangsa keadaan. Maafkan mereka, hati akan tenang. Tuhan Maha Penyayang.

Petang tadi, aku bersiar-siar di padang. Hajat aku untuk menunggang kuda, tetapi tidak jadi. Padang yang menghijau itu menimbulkan satu perasaan nostalgia buat diriku.

Ketenangan. Kebebasan. Sebuah rumah dalam kenangan. Aku ingin berlari-lari di padang ini, seperti seekor antelop yang bebas. Dahulu, semasa di sekolah, larianku dikatakan menyerupai seekor kuda pantasnya. Sebab itu aku terpilih untuk acara olahraga. Sudah 10 tahun, aku meninggalkan acara itu. Aku ingin kembali berlari di tepi pantai, atau di dataran padang yang menghijau.

Kononnya kelajuanku berlari 9.22 saat. Stop it! Kita ubah menjadi 10.22 saat. Barangkali itu lebih diterima akal. Ya. Kebenaran tidak dapat diubah tetapi boleh diselindungi.

Hari ini aku melihat padang. Hijau, tetapi langit itu mendung.