BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Julai 27, 2007

Kehebatan Filem Seram Melayu

Filem seram berkaitan dengan kebudayaan Melayu merupakan lubuk filem seram yang strategis di Malaysia. Setakat ini, skrip-skrip filem dari Barat belum ada keupayaan untuk mencungkil mitos, misteri, mistik dan sejarah seram dalam kebudayaan Melayu.

Justeru, apabila pembikin-pembikin filem Melayu mula mengutarakan elemen-elemen kebudayaan Melayu dalam filem-filem seram tempatan, maka akan tercetuslah kehebatan sebenar, identiti filem Melayu.

Melayu kaya dengan budaya. Apabila budaya ini diangkat ke medan filen cereka, maka pelbagai cerita berkaitan kebudayaan ini boleh tercetus dalam pelbagai genre. Filem seram, komedi, futuristik, fiksyen sains, serius, patriotik, aksi, cinta romantis, penyimpangan, dokumentari dan sebagainya.

Terokailah lubuk filem Melayu ini sebaik-baiknya.