BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Jun 26, 2007

Dan Telah Kamu Katakan Tadi

Seorang guru kelas meminta aku masuk ke sebuah kelas. Maka, hari ini aku masuk ke kelas yang bukan kepunyaanku. Namun, hari ini, aku menjadikan kelas itu kepunyaanku.

"Ini adalah kelas pelajar yang pasif. Pelajar-pelajarnya semua suka diam-diam. Sukar menjawab sebarang persoalan." Maklum guru tersebut.

Pada hari ini, di dalam kelas, ada seorang pelajar bernama Schindel, yang tidak berpuas hati dengan peraturan sekolah, yang mahu setiap pelajar menggondolkkan kepala. Aku bertanya kepada Schindel dan rakan-rakannya.

"Status kalian semua adalah sama seperti seorang askar. Tahukah kalian, apakah persamaan kalian dengan askar?"

Georgvachen menafikan. "Mustahil, mana mungkin kami semua adalah sama seperti askar!"

Lalu aku memberikan pelbagai klu. Dan berdasarkan klu-klu tersebut, mereka memberikan jawapan-jawapan yang kelakar.

"Kasut."

"Stokin."

"Baju."

"Jam tangan."

Dan masa berlalu. Tanpa sebarang jawapan yang memuaskan hati. Kelas yang terkenal pasif itu menjadi hangat dengan perbicaraan mengenai diri mereka sendiri. Status mereka sendiri. Oh, benar-benar, pelajar ini sudah lapuk otaknya, dan sekarang sudah cuba mengasah parang dan menyapu debu-debu karat pada matanya.

Schindel sudah mula berputus asa. Meminta jawapan pintas daripadaku.

"Walau bagaimana sukar pun, kamu harus cuba mencari jawapannya sendiri, kerana soalan ini tidak berguna jika aku, sebagai guru kamu, yang menjawab untukmu."

"Jawapan untuk soalan ini harus lahir dari hati kamu, dan kamu harus menghayati setiap perbuatan kamu, lalu apabila jawapan untuk soalan ini dapat kamu berikan, maka...

persoalan kamu, mengenai kenapa kamu harus menggondolkan kepala setiap daripada kamu akan terjawab atau terhapus dengan sendirinya."

Loceng berbunyi. Seorang guru wanita datang ke kelas itu.

"Bergantung kepada kamu..."

"Hanya kamu..."

Lalu, kemudian, guru wanita itu diserang dengan pertanyaan daripada para pelajar yang aku di kelas itu tadi.

Di bilik guru, guru wanita itu datang dan bertanya kepadaku:

"Apa jawapannya, budak-budak itu bertanya soalan itu kepadaku?"

Kelas yang pasif itu, pasti akan ceria, dan pasti akan keluar dari liang nafas zombi, selepas berjaya mencari jawapan untuk persoalan ini, dengan sendirinya.

Oh, ya. Bob akan berangkat ke London. Sepatutnya hari ini. Dia bertukar sekolah.