BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Mei 04, 2007

Masih Ada Pelajar Tidak Boleh Membaca?

Berdasarkan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), atas kajian yang telah dijalankan ke atas 70 buah sekolah menengah, 73,858 pelajar telah dianalisis dan 3,690 (2.66 peratus) daripadanya tidak boleh membaca.

Kajian ke atas 143 buah sekolah rendah pula, seramai 75,699 murid telah dianalisis dan didapati 3,690 (4.87 peratus) tidak boleh membaca.

SAYA mempunyai seorang anak saudara yang kini belajar di tahun dua. Walaupun kini belajar di tahun dua, dia masih gagal untuk membaca dalam bahasa Melayu dengan baik.

Anak saudara saya hanya mampu untuk membaca perkataan-perkataan mudah dua suku kata seperti ‘nama’, ‘saya’, ‘sudu’, ‘kota’ dan sebagainya.

Perkataan-perkataan yang panjang dan sukar langsung tidak boleh dibacanya. Masalah yang dihadapinya ini berlarutan sejak dia di tahun satu lagi.

Untuk pengetahuan, dia telah dihantar ke tadika ketika usianya enam tahun dan turut mengikuti program membaca.

Menurut rakan saya seorang guru, memang terdapat agak ramai murid yang menghadapi masalah ini termasuk di tahun dua hingga enam.

Fenomena ini bukan sahaja melanda sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, malah di bandar termasuk di Kuala Lumpur sendiri. Lebih memeranjatkan saya, ada sejumlah pelajar di sekolah menengah turut dikenal pasti sebagai buta huruf.

Secara umumnya pelajar-pelajar yang gagal membaca ini akan turut tercicir dalam pembelajarannya.

Petikan Surat Pembaca: Utusan Malaysia