BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, April 19, 2007

PROMO: Zombi Kampung Pisang

Saya masih belum berpeluang untuk menonton cerita ini disebabkan hal-hal berkaitan dengan akademik. Namun, saya boleh buat tanggapan awal mengenai cerita ini.

Mamat Khalid adalah pengarah filem Rock yang juga merupakan filem kesukaan saya. Sentuhan Mamat Khalid tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan Ahmad Idham. Setiap pengarah mempunyai kelebihan masing-masing.

Jika orang bertanya, apa yang menyebabkan saya ingin menonton filem Zombi Kampung Pisang, maka saya akan katakan, selain saya menyukai watak zombi, saya juga dipengaruhi filem Rock yang pernah dihasilkan oleh Mamat Khalid beberapa tahun lepas. Saya pernah menonton filem Rock berulang-ulang kali, dan pernah mengulasnya di sini, iaitu sebelum blog ini diwujudkan.

Malah boleh dikatakan, kegilaan pelajar di universiti mengadakan Battle Of The Band bermula kerana pengaruh filem Rock ini. Gitar elektrik kembali menguasai pusat pengajian ini. Jadi bagaimana pula aura filem Zombi Kampung Pisang? Adakah filem ini akan berjaya mempengaruhi sektor pelancongan?

Cuba perhatikan elemen kekampungan dalam filem Rock dan Man Laksa. Latar belakang kampung diadaptasi dengan baik dan menarik. Zombi Kampung Pisang. Kampung Pisang, jika diselak dari arkib sejarah adalah sebuah kampung yang berada di Kuala Kangsar, Perak. Ada satu tempat yang popular di Kuala Kangsar, iaitu labu sayung. Labu sayung adalah salah satu tarikan pelancongan utama yang terdapat di Perak.

Bagaimana agaknya kalau Mamat Khalid menjadikan labu sayung sebagai salah satu objek dalam filem Zombi Kampung Pisang? Tahun ini tahun 2007, Tahun Melawat Malaysia. Orang-orang Kuala Kangsar pasti gembira dengan kehadiran filem ini, tahun ini.

Saya berharap agar dapat menonton filem seram Melayu ini. Saksikan trailer filem ini.