BLOG DUKE AMIENE REV

Khamis, April 19, 2007

Filem Jangan Pandang Belakang Wajar Dijadikan Filem Kajian

Filem Jangan Pandang Belakang sememangnya filem seram yang sangat dinanti-nantikan. Sejak tayangan filem Rempit tempoh hari, saya sentiasa mahu melihat kehebatan Ahmad Idham dalam filem-filem arahannya yang seterusnya. Saya telah mengulas filem ini beberapa minggu sudah. Namun kali ini ada sesuatu yang ingin saya katakan mengenai filem ini.

Teknik penggunaan kamera adalah elemen menghiburkan para penonton panggung yang perlu diberi perhatian.

Saya dapati kekuatan filem Jangan Pandang Belakang terdapat pada cara filem ini mengusik dan menghiburkan penonton. Pendek kata, tidak rugi penonton ke panggung kerana filem ini sememang dicipta khusus untuk menarik penonton berkunjung ke panggung. Itulah yang dinamakan filem.

Saya berpendapat filem Jangan Pandang Belakang wajar dijadikan filem rujukan untuk para penulis skrip dan pengarah filem. Biarpun hasil karya anak muda, namun cara elemen-elemen seram dicipta dalam filem ini berjaya 'memikat' hati para penonton.

Filem seram perlulah menghiburkan. Filem seram bukan filem dokumentari. Filem Jangan Pandang Belakang bukan satu dokumentari. Namun filem ini boleh dimasukkan ke dalam Dokumentari Filem Berjaya dari segi arahannya, skripnya, lakonannya, penyampaian audio dan visualnya.

Tidak sabar rasanya untuk melihat filem seram tempatan ini menembusi pasaran antarabangsa! Satu lagi filem seram yang ingin saya tonton (sekiranya ada kesempatan) ialah filem yang berjudul Zombi Kampung Pisang. Saya rasa filem Zombie Kampung Pisang barangkali adalah filem seram komedi.

Maafkan saya sekiranya saya tersilap, tetapi saya suka tonton filem zombi. Zombi merupakan satu elemen seram yang menghiburkan dalam filem. Penulis skrip yang bijak pasti akan menggunakan peranan zombi dengan sebaik-baiknya dalam ruang ceritanya.

Zombi boleh bertukar menjadi comel, dikasihani, lucu, menggerunkan atau dibenci penonton. Terpulanglah kepada penulis skrip untuk menggubah filem dengan zombi sebagai buah catur di dalam skripnya..

Ulasan Filem Jangan Pandang Belakang boleh ditemui di sini. Klik di sini.