BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Januari 05, 2008

Rahsia Misteri 1 - Seluar Dalam dan Adiwira

Semasa di sekolah tadika, ramai orang ketawakan saya kerana saya memakai seluar dalam di luar. Mereka tidak tahu, saya berbuat demikian kerana saya yakin, suatu hari nanti, saya pasti akan memiliki kuasa luar biasa seperti Superman atau Batman.

Apabila saya berjaya menyelamatkan mereka dengan kuasa luar biasa nanti, barulah mereka akan tersedar kesilapan mereka mengetawakan saya. Saya ini bukannya pendendam, sebab untuk menjadi seorang wira, saya mesti suka menolong orang.

Sekarang ini saya semakin yakin kuasa saya semakin meningkat. Ramai orang tidak tahu saya boleh memukau seekor kucing dengan hanya menunjukkan jari saya kepadanya.

Pengirim: XYZ (bukan nama sebenar)