BLOG DUKE AMIENE REV

Isnin, Januari 01, 2007

Koleksi Laman Web Lirik Lagu Popular Pilihan Ramai

Lirik lagu sebenarnya mempunya peranan sendiri dalam mendidik anak bangsa. Tidak ada sebarang panduan khusus untuk menulis lirik lagu, namun ada lirik yang ditulis berdasarkan lagu dan ada lagu yang ditulis berdasarkan lirik. Fleksibel. Lirik yang baik akan mengandungi mesej yang bernilai, selain disusun dengan kata-kata yang indah dan mudah dihayati.

Berikut adalah senarai laman web yang mengandungi pelbagai lirik lagu Melayu, Indonesia, Inggeris dan lain-lain. Sekiranya anda mencari lirik-lirik lagu terbaru, top carta, terbaik dan sebagainya, anda boleh membuat pilihan menerusi laman-laman web lirik lagu yang telah diulas.

English Note: These are review about websites whichs are created for lyric database. I opened and reviewed these websites, and I hope my reviews will help people to find what they really looking for. Here you can read the review about the website and the function they provide for the visitor. You can get some news, facts, request and submit new hot and lyrics for the popular favourite songs.


Laman Lirik Untuk Lagu-lagu Timur: Melayu, Indonesia dan Rantau Nusantara


Koleksi IMNOGMAN:
Koleksi Lirik Lagu Melayu

http://www.liriklagu.com/
Terkandung lirik-lirik lagu Melayu, Inggeris, Ramadan dan Hari Raya, lagu patriotik dan lagu Indonesia. Terbitan Imnogman. Saya suka laman web ini kerana selain mengandungi koleksi lirik lagu, laman web ini juga mempunyai fakta yang luas berkaitan dengan penggubah lagu, penulis lirik lagu, syair, novel, cerpen dan sebagainya. Terdapat juga koleksi gambar-gambar artis untuk tatapan anda.



I LOVE BLUE LYRICS
http://www.iloveblue.com/lirik/
Laman web ini menampilkan lirik lagu Melayu, Indonesia, Bali, Mandarin dan Barat yang terbaru. Terdapat juga koleksi kod, kord atau chord gitar terbaru. Anda tidak perlu bersusah payah mencari lirik lagu kerana ada disertakan fungsi pencarian atau search yang memudahkan anda mencari lirik lagu. Juga terdapat senarai lagu dan band yang sedang popular. Terdapat juga fungsi sampingan seperti mencari jodoh, pepatah, mutiara kata atau kata-kata hikmah, ramalan bintang atau horoskop, wallpaper dan gambar berkaitan Bali. Sebuah laman web yang baik untuk dirujuk.




LIRIK NASYID
http://www.liriknasyid.com/
Anda meminati lagu-lagu nasyid? Ini adalah laman web khusus untuk anda. Koleksi lagu nasyid daripada pelbagai barisan artis solo dan berkumpulan pasti akan memenuhi kehendak anda. Anda juga boleh menyumbang lirik-lirik lagu baru. Antara lirik-lirik yang terdapat di sini termasuk lirik lagu nasyid antarabangsa terkenal seperti Yusof Islam dan Raihan. Lirik-lirik terbaru akan disenaraikan di muka depan laman web ini.






deLIRIC.com
http://www.delirik.com/
Laman web lirik lagu ini agak menarik juga kerana menampilkan lagu pilihan editor atau editor's choice. Ketika ini, lagu Siti Nurhaliza iaitu Cahaya Cinta menjadi pilihannya. Turut menyediakan ruangan Top Artists dan Lyrics Of The Week. Paling menarik ialah ruangan Artists Of The Month yang menampilkan gambar artis popular pilihan bulanan berserta dengan biodatanya. Ketika saya mengunjungi laman web ini, biodata vokalis Peterpan iaitu Nazril Irham atau Ariel berserta dengan gambarnya terpampang di muka depan laman web.




Western, English and International Lyrics Websites Reviews


A-Z LYRICS UNIVERSE: It's a place where all searches end!
http://www.azlyrics.com/
"We have a large, every day growing universe of lyrics where stars of all genres and ages shine." Ini bukan sebarang cakap, laman web ini antara laman web terhangat untuk lagu-lagu dari Barat. Anda boleh melihat ulasan lagu (ini yang bagus), meminta lirik lagu atau mendengar runut bunyi, lagu latar atau soundtrack. Kulit Album lagu-lagu terkini yang sedang hangat di pasaran juga dipaparkan.



LYRICS.COM: Music for your head
http://www.lyrics.com/
Laman web ini menampilkan carta lirik popular dan juga pertandingan menyanyi "Singing Contest". Anda boleh memberi mata kepada para peserta setelah mendengar mereka menyanyi. Mungkin inilah tarikan utama yang terdapat pada laman web lirik lagu antarabangsa ini.




SING365: save your time
http://www.sing365.com/
Menampilkan ruangan menarik seperti Top Galleries dan What's New and Hot. Juga disediakan fungsi carian lirik lagu, album, galeri, gambar dan sebagainya.





GET LYRICS
http://www.getlyrics.com/
Menampilkan enam foto artis top dari Barat, Top Concerts dan jualan tiket konsert bagi konsert-konsert tersebut. Antara artis-artis popular masa kini ialah Avril Lavigne, 50 Cents, Alan Jackson, Alanis Morisette, Gwen Stefani dan Tom Jones. Selain fungsi carian berbentuk A-Z seperti laman-laman web lirik yang lain, web ini juga turut menyediakan fungsi-fungsi berbentuk tetingkap untuk memboleh pengunjung melihat statistik berkaitan dengan lirik, carta, pemain lagu, tiket, belian secara online, gambar dan sebagainya.





LEO'S LYRICS
http://www.leoslyrics.com/
Selain menampilkan carta lagu top semasa, laman web ini turut menampilkan nama para penyumbang lirik lagu. Menerusi laman web ini, anda boleh mencari lirik lagu menerusi nama artis atau tajuk lagu. Terdapat juga carian teks penuh dan forum.








LYRICS CAFE
http://www.lyricscafe.com/
Sebaik-baik sahaja anda membuka laman web ini, anda akan dapat menyaksikan senarai album terbaru untuk tahun yang terkini dan tarikh keluarannya. Fungsi carian yang disediakan adalah berdasarkan jenis lagu. Juga terdapat ruangan khusus untuk pengguna telefon mobil atau ringtones.


Sekian sahaja ulasan saya mengenai laman web lirik lagu dari serata dunia. Semoga apa yang saya buat ini dapat membantu anda membuat carian lirik lagu popular dan terkini semasa dengan lebih mudah dan selamat.

Sekian.