BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Januari 26, 2007

KITAB: Kenangan dulu-dulu

Lukisan ini dihasilkan beberapa tahun lepas. Conteng-conteng sahaja dengan Microsoft Paint Brush 100%. Kebetulan saya menemui kembali lukisan ini dalam salah satu laman web saya.



Ini pula rekabentuk untuk perisian akademik saya. 99% grafik adalah rekaan sendiri. Projek gabungan multimedia interaktif, juga ada permainan berunsurkan akademik. Ini semua adalah kenangan zaman dahulu.

Ini pula antaramuka perisian contoh yang saya buat suatu ketika dahulu. Antara hasil-hasil karya ini boleh ditemui dalam buku-buku berkenaan dengan grafik, komputer, multimedia dan IT tempatan. Jika terjumpa gambar-gambar ini digunakan dalam mana-mana buku, sila maklumkan kepada saya nama buku dan penulis buku tersebut. Imej ini dihasilkan dengan menggunakan tiga keping imej asal, yang kemudiannya diubahsuai secara ringkas dengan menggunakan perisian grafik. Warna biru selalunya menjadi warna identiti. Biru dan indigo.

Sebenarnya ada banyak lagi, tetapi cukuplah tiga keping dahulu.