BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Disember 20, 2006

Petua Berkaitan Dengan Kesihatan Kulit, Perut, Bibir, Mata dan Darah

Petua : Awet Muda
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat nabi pada kedua tapak tangan dan usapkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diperindahkan wajah seperti Nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain.


Petua : Mata Terkena Cili
Ambil secubit garam dan hisap atau resip dan airnya ditelan sedikit. Insya-Allah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu. Selamat mencuba.


Petua : Kempis Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan Insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.


Petua : Bibir merah semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. Amalkan setiap hari.


Petua : Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.


Petua : Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air. Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. (tanda terlebih dahulu)


Petua : Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian anda lumurkanlah ke muka anda.


Petua : Penawar Resdung
Penyebab resdung adalah kekotoran atau hama yang kita sedut melalui pernafasan. Amalkan perbuatan menyedut air ke dalam hidung (seperti berwuduk) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Lakukan ini setiap kali sampai ke satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah, pulang ke rumah atau ke mana saja.


Petua : Mencegah Jeragat
Jika anda berhasrat untuk mencegah atau mengurangkan jeragat di wajah, gunakanlah hampas kelapa. Gosok-gosokkan hampas kelapa di seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu, Insya-Allah jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu.


Petua : Buang Ketuat (Butil)
Ambil sebiji buah betik muda. Hiris supaya getahnya keluar. Letakkan getah pada ketuat yang telah dikikis sedikit kulit luar yang keras. Biar beberapa jam sehingga getah kering. Kikis kulit ketuat yang telah diselaputi getah kering. Ulangi proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi nipis.


Petua : Merawat Bisul
Sekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan ke atas bisul tersebut. Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan. Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar.


Petua : Menyerikan Wajah
Ambil, embun pagi di hujung rumput/daun (di kawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan di tapak tangan. Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu.


Petua : Kesan hilangkan Parut Jerawat muka
Kepada sesiapa sahaja yang mempunyi muka berminyak meraka bernasib baik kerana muka yang berminyak boleh menghilangkan parut jerawat walau makan masa yang lama sedikit. Cara yang lain iaitu anda tak dibenarkan makan kicap bagi mengelakan kesan parut jerawat tersebut.


Petua : Menghilangkan Kutil
Untuk menangani masalah tersebut cubalah anda mencari seekor ikan kekek dan sila ambil 3 keping tulangnya. Lalu anda basuhkan kutil di anggota badan anda dengan air. Selepas itu ambil 3 keping tulang tersebut dan cucukkan dalam bentuk 3 segi, yakni satu ke arah barat, satu ke arah timur dan satu ke arah selatan. Kemudian tinggalkan 3 keping tulang tersebut di dalam. Kamu akan dapati kutil itu akan gugur dengan sendirinya selang beberapa hari.


Petua : Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam. Insya-Allah, kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.


Petua : Kempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapukan di perut, amalkan setiap malam. Insya-Allah, perut anda akan lebih menarik.


Petua : Mengelakkan Naik Bisul
Selepas anda bersin anda hendaklah meludah air liur, jangan ditelan sisa-sisa air liur yang ada di dalam mulut. Jika diamalkan, Insya-Allah, anda tidak akan mendapat bisul.


Petua : Kecutkan Jerawat
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu. Insya-Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan wajah anda tampak jelita.