BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, November 04, 2006

10060 dan Laman Web Penterjemah Bahasa

10060 telah berbulan-bulan menjadi duri dalam daging dalam dunia penulisan blog saya. Sebelum ini pernah saya maklumkan mengenai kewujudan laman web penterjemah bahasa tempatan. Laman web ini boleh dicapai menerusi alamat berikut:

Muka surat tidak boleh menjadi dipamerkan

Terdapat satu masalah dengan saudara muka surat adalah mencuba untuk sampai dan ia tidak boleh menjadi dipamerkan.

-----------------------------------------------------------
Sila cuba berikutan:
  • Klik Menyegarkan Semula butang, atau cuba lagi kemudian.
  • Terbuka laman Web laman utama, dan kemudian mengharapkan dikaitkan kepada maklumat anda mahu.
  • Jika anda percaya anda perlu dapat melihat direktori ini atau muka surat, sila hubungi laman Web pentadbir dengan menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon disenaraikan pada laman Web laman utama.

10060 - timeout hubungan

Keselamatan Internet dan Pecutan Pelayan
-----------------------------------------------------------

Maklumat Teknikal (untuk ditopang kakitangan)

Latar belakang:
  • Apabila pelayan, walaupun berlakon sebagai satu pintu gerbang atau proksi, menghubungi pelayan kandungan di hulu sungai, ia tidak mendapat satu respons yang tepat masa.

Ulasan:
Walaupun ada beberapa kelemahan terjemahan iaitu dari segi susunan perkataan dan ayat, laman web ini telah mengorak langkah permulaan yang baik bagi sistem penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Setakat ini, laman web ini masih dalam versi percubaan. Laman web ini bukan sahaja berupaya menterjemahkan teks, malah berupaya untuk menterjemahkan seluruh isi kandungan sesuatu laman web. Cubalah. Tidak mustahil suatu masa nanti Bahasa Melayu akan mampu diterjemahkan ke Bahasa Asing. Apabila tiba masanya nanti, seluruh dunia akan dapat memahami isi hati dan pandangan orang Malaysia yang hasil tulisannya dalam Bahasa Melayu rasmi. Oleh itu, mulakan menggunakan bahasa yang betul. Moga-moga sistem penterjemahanan akan dapat berfungsi dengan berkesan.

Kesilapan terjemahan yang ketara: perkataan timeout tidak diterjemahkan.


Nota Tambahan (terjemahan oleh Amiene Rev):
1. Firefox = Rubah Api
2. Internet Explorer = Penjelajah Antara Jaringan