BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 10, 2006

Pengkritik Blog Kembali?

Tahun depan, saya mungkin akan kembali mengajar subjek komputer yang berkaitan dengan grafik, animasi, video dan audio. Juga sedikit ilmu pengaturcaraan dan multimedia khusus untuk pelajar-pelajar sarjana muda di universiti.

Kebetulan pula, secara tiba-tiba hari ini saya sudah boleh mengulas blog. Sebabnya blogspot sudah tidak disekat. Oh, penggunaan haloscan.com sebelum ini didapati telah memadamkan 'borang permohonan untuk dikritik' yang telah diisi oleh blogger sebelum ini.

Kembali, saya akan cuba sedaya upaya memberi pendapat yang bernas untuk membantu para blogger di Malaysia untuk menghasilkan blog terbaik dan bermanfaat buat semua. Bukan sekadar mengulas, saya sendiri mendapat banyak manfaat dari usaha mengulas blog ini. Semoga ilmu yang saya dapat, idea yang saya tebarkan dalam blog ini akan memberi manfaat kepada semua blogger.

Jika anda ingin blog anda diulas, sila klik pada poster Pengkritik Blog. Cuma bahagian ini sahaja yang akan dilayan (seboleh-bolehnya). Saya memohon maaf di atas kehilangan banyak permohonan blog untuk dikritik sebelum ini. Segalanya berlaku di luar dugaan, senarai permohonan blog untuk dikritik hilang selepas proses memasang haloscan, dan saya pula tidak dapat membaca ulasan-ulasan menerusi blog ini (sebelum proses pemasangan haloscan).

Usaha untuk mengulas blog akan dilakukan perlahan-lahan. Memandangkan sekarang sudah sampai masa sibuk.