BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, September 02, 2006

Ulasan Laman Web Kerja Kosong

Baru-baru ini saya mendapati ramai kenalan saya yang telah bertukar-tukar kerja. Hal ini menimbulkan kekosongan jawatan. Nampaknya dalam dunia ini ada manusia yang tidak tetap dengan satu-satu pekerjaan. Mungkin kerana ingin mencari suasana pekerjaan yang baru, jarak tempat kerja dan tempat tinggal yang lebih dekat, mencuba sesuatu yang baru, gaji yang lumayan atau mendapat kehidupan yang lebih baik. Jawatan kosong, kerja kosong, cari kerja separuh masa, sepenuh masa dan sebagainya. Ada baiknya jika saya senaraikan beberapa istilah penting berkaitan dengan mencari pekerjaan ini.

Kamus English - Melayu
  1. full time - sepenuh masa
  2. part time - separuh masa
  3. freelance - orang yang menjual perkhidmatannya kepada pelbagai majikan.
  4. post, appointment, job - jawatan
  5. employment, work - pekerjaan
  6. salary, basic salary - gaji, gaji asas
  7. allowance - elaun
  8. vacancy, job vacancy - kekosongan, jawatan kosong
  9. marketing - pasaran
Anda masih mencari kerja. Berikut adalah laman web untuk mencari kerja kosong:

1.
kerjakosong.info
Laman web ini mengandungi senarai pekerjaan dan jawatan kosong di semua negeri: Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Nationwide, Negeri Sembilan, Pahang,Penang, Perak,Perlis, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Singapore, dan Terengganu. Jika anda menjadi ahli, senarai jawatan kosong akan dihantar kepada anda menerusi e-mel. Terdapat panduan dan artikel berkaitan dengan kerjaya. Satu usaha baik daripada pihak MyUiTM.


2.
jawatan-kosong.darulmakmur.com
Portal senarai jawatan kosong syarikat swasta dan kerajaan di Malaysia. Juga terdapat artikel dan panduan temuduga. Rekaan blog ini cukup kemas dan menarik.


3.
www.project4hire.com
Pasaran freelance seluruh dunia. Laman web ini menyediakan peluang untuk sesiapa yang suka bekerja secara bebas dan memiliki kepakaran dalam bidang grafik, pengaturcaraan, penulis, kejuruteraan, perkhidmatan dan sebagainya untuk mencari tugasan-tugasan berbayar.


4.
jobstreet.com
Salah satu laman web yang berprestij dalam menyediakan informasi berkaitan peluang pekerjaan di Malaysia. Khidmat SMS juga disediakan.

Setakat ini dulu. Semoga senarai laman web yang disediakan dalam entri ini berguna untuk anda yang ingin mencari pekerjaan baru.