BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, September 09, 2006

Rahsia Blog dan Web Popular

Apakah perkara yang menyebabkan sesebuah blog atau web itu mendapat hit kunjungan tertinggi dan popular di kalangan pengunjung?

Faktor-faktor utama adalah disebabkan perkara berikut:

  1. Isi kandungan dan hasil tulisannya yang menarik perhatian atau kena dengan peristiwa semasa.
  2. Blogger atau pemilik laman web tersebut merupakan seorang yang sememangnya popular, dihormati, dipercayai dan memiliki tarikan atau kepentingannya terhadap pengunjung.
  3. Berbalas kunjungan antara satu blogger dengan blogger yang lain.
  4. Rekaan blog yang cantik, optimum dengan kelajuan internet secara umum.